Search This Blog

. Ubat vs Supplement

Assalamualaikum & Hello Gais! 

Ai rasa macam dah beberapa ketika jugak tak update anything on my blog, last time update pun pasal Ai pergi kelas Personal Branding bulan 7 hari tu. A few classes jugak Ai dah pergi, tapi asyik lupa nak share dalam Blog. Ai pergi kelas "Raising Hand with Full Faith", then ada  2 kursus dengan CIDB pasal Stress Management & leadership, and Ai ada attend MCC Seminar dengan my Shaklee team, ANDDD Ai ada attend kelas untuk "Self Healing" jugak. Banyak kan kelas Ai attend? Tapi rasa malaaaasss gila nak update Blog. LOL! 

But untuk bulan 9 ni, Ai macam cuba commit untuk update Blog at least seminggu sekali (I try my best)! Sebabnya Ai nak rekod semua journey Ai dekat Blog. To update my blog daily it seems impossible sebab now Ai ada kerja tetap which require my 9am-6pm , so I think once a week pun dah okey sekarang ni. Consistent is the KEY!

Since Ai sekarang ni jual Shaklee as most of you guys know, Ai cuba elakkan dari buat menjual ke, but more to sharing apa yang Ai ada. Ai tertanya- tanya jugak agaknya apa content yang sesuai untuk Ai tulis , patut ke Ai tulis pasal my personal life macam ala-ala life update tu but bila fikir balik, Ai bukan artis. Perlu ke Ai tulis pasal construction knowledge? But then again, Ai rasa macam nak tulis pasal sesuatu yang general yang related dengan Ai, so Ai come to this topic, yang memang boleh buat kena kecam .
 "Ubat Vs Supplement" . 

Ai rasa topik ni agak taboo jugak sebenarnya selain dari topik Sex Education dan sebagainya sebab dalam dunia kita ni , dalam Malaysia ni , sentiasa ada dua pihak yang Pro Supplement & Anti Supplement. And Ai - as a Shaklee Distributor yang merupakan penjual supplement ni, agak terkesan jugak sebenarnya bila topik ni jadi perbualan. So I thought macam, okey, why not Ai tulis pasal benda ni dekat Blog, sebab kalau tulis kat FB kang kena screenshot bagi kat Abah Yoi pulek, sis tak kuadd. LOL! 

Okey before Ai start, korang tau tak sebenarnya ubat / supplement tu apa? Well, 

Mengikut definisi di bawah Akta Jualan Dadah 1952, ubat (dadah) adalah termasuk apa-apa bahan, produk atau artikel yang bertujuan atau berupaya untuk digunakan ke atas manusia atau haiwan samada secara dalaman atau luaran, bagi tujuan perubatan.



based on info yang Ai dapat dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia , ubat ni ada dua kategori,  iaitu Ubat Terkawal dan ubat am

Ubat Terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat kencing manis 

Ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).

Dah tu, supplement tu apa pulak? Supplement tu term in English guys. Yang bermaksud "tambahan" . Yang biasanya jadi bullet ni orang cakap pasal "Dietary Supplement" which means makanan tambahn untuk badan 

dietary supplement is a manufactured product intended to supplement the diet when taken by mouth as a pill, capsule, tablet, or liquid. A supplement can provide nutrients either extracted from food sources or synthetic, individually or in combination, in order to increase the quantity of their consumption. 

Berbeza dengan "Ubat" yang memang bertujuan untuk menyembuhkan penyakit, "Supplement" ni pulak bukan untuk menyembuhkan penyakit, tapi sebaliknya untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi badan sekiranya ada kurang pada mana-mana zat yang badan kita perlukan. 
Ramai yang salah faham sebenarnya macam mana supplement ni berfungsi, sebab ramai yang imagine "Makan supplement pun boleh sihat" and its actually did not works that way. I am not a pharmacist ke doctor ke or whoever yang bekerja dalam medical line - not even a nutrionist tapi Ai tahu apa perbezaan dalam ubat and supplement which make me sad sebab kadang-kadang orang anggap semua SID ni macam tak tahu apa-apa and do everything for the sake of money which actually we are not. 

Ai copy some info yang Ai from health portal okey?
Di dalam dunia farmaseutikal, ubat dikelaskan kepada 2 kategori utama iaitu ubat mengandungi racun berjadual dan ubat tanpa racun berjadual:
  1. Ubat mengandungi racun berjadual adalah kategori ubat-ubatan yang mengandungi bahan- bahan racun berjadual yang telah disenaraikan didalam Akta Racun 1952.
    Di dalam bahasa yang mudah, racun ini dikenali sebagai ubat terkawal. Semua ubat terkawal mempunyai nombor pendaftaran yang diakhiri dengan huruf ‘A’. 
  2. Ubat tanpa racun berjadual adalah ubat yang boleh dibeli di premis farmasi komuniti atau premis lain tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor atau berjumpa dengan ahli farmasi. Contoh ubat ini adalah seperti vitamin, suplemen, ubat tradisional dan sebagainya. 
"Dah tu kalau supplement masuk kategori yang mana pulak?" 

Supplement masuk kategori yang No.2 tu. Yang dijual dekat farmasi atau premis lain yang tak perlukan preskripsi doctor atau berjumpa dengan ahli farmasi. Kenapa tak perlu jumpa doctor pun? 

SEBAB SUPPLEMENT BUKAN UBAT - SUPPLEMENT IALAH MAKANAN TAMBAHAN YANG KITA CONSUME UNTUK MENCUKUPKAN KEPERLUAN NUTRISI BADAN. 


Nampak tak dekat situ?

Kenapa ramai orang anggap Supplement ni ubat? In my POV sebagai seorang pengedar supplement , Ai percaya yang whatever happens to your body berkait rapat dengan lifestyle you. Pola pemakanan, cara you kerja, you kerap atau tak exercise, but mainly berkait rapat dengan lifestyle sendiri. Ada orang yang badan selalu lemah, lemau dan lesu, tapi bila pergi jumpa doktor, doktor kata stress dan hanya perlukan rehat yang secukupnya. TAPIII sebenarnya apa yang kurang dalam badan ialah nutrisi yang badan kita perlukan. Jadi dengan pengambilan supplement yang bukan ubat tu - orang yang consume tu mendapat nutrisi yang secukupnya and lebih bertenaga and sihat macam biasa. 

Ai bagi diri Ai sebagai contoh, Ai ada masalah untuk buang air besar setiap hari. Ai do met the doctors tapi apa yang doc prescribe bagi Ai ( macam sachet bancuh fibre tu) tak membantu pun sebab Ai tak boleh telan. Di samping nasihat "you kena banyak makan sayur" - which Ai admit yang eating pattern Ai tak healthy sebab Ai tak makan sayur, so mana sumber yang Ai boleh dapatkan nutrisi yang secukupnya untuk mudahkan Ai punya digestion? - YES, From supplement. 

Ada orang tak cukup fibre dalam food intake dia, tak cukup magnesium, Vitamin B lah, C lah, and kadang-kadang ni bukan penyakit pun, it just kesan sampingan yang you dapat kesan dari unhealthy lifestyle yang tak payah ubat pun which supplements can help - for those yang tak prefer "real food" . 

Itu fungsi Supplement - as ADDITIONAL to your body. Dia tak menyembuhkan penyakit, but it helps to provide enough nutrition to your body. 

TAPIIIIII KKM APPROVED KE SUPPLEMENT SEMUA NII???

Ubat - haruslah ada approval dari KKM kan dah doktor yang prescribe dekat patient, tapi untuk supplement ni macam mana? Sekarang ni dah macam-macam supplement kat pasaran ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Berapa ramai yang keluar TV untuk promote supplement memasing sampai kaya juta-juta? Tapi selamat ke?

Sebab tu, Ai selalu cakap and share yang kita kena take supplement wisely. Which means, first thing yang you kena ensure - Ada KKM Approval. Dalam jualan Supplement No. Mal dia mesti ada nombor pendaftaran yang diakhiri dengan huruf ‘X,N atauT’. Sebagai contoh MAL20031234 X/N/T

Dekat negara kita ni, semua supplement yang dijual kena berdaftar dengan KKM Malaysia. Haritu masa rancangan TV Analisis dekat chanel Al-Hijrah, pegawai wakil dari Jabatan Farmasi KKM cakap, Untuk setiap supplement / ubat yang berdaftar dengan KKM , Pihak KKM Memberi jaminan dari segi 3 perkara :- 

Tujuan pendaftaran ubat adalah bagi memastikan hanya ubat yang berkualiti, selamat digunakan dan berkesan sahaja yang digunakan di negara kita.

And guess what? Walaupun Shaklee tak masuk farmasi kat Malaysia ni (Shaklee dekat oversea dijual di Famasi & Klinik), Shaklee berdaftar dengan KKM and korang boleh check dekat laman web KKM yang untuk check status pendaftaran tu. 

      


Jadi, you gais nak consume supplement is actually tak salah pun, asalkan :- 

i) Just consume supplement yang body you perlukan 
ii) Consume supplement yang ada KKM and bukan produk timbang kilo 
iii) Jadi pengguna yang bijak - sebab supplement bukan ubat! 

Dari sudut pandang seorang pesakit - Ai faham bila kita terdesak and desperate nak sihat, kita sanggup buat and spent berapa je asalkan kita dapat kesihatan yang baik, tapi ada sesetengah penyakit yang you tak perlukan supplement semata-mata tapi you jugak perlu jumpa doctor and ambil ubat untuk sakit you. 

And dari sudut pandang seorang manusia biasa dan jugak seorang pengedar supplement, Ai harap sangat Ai dapat membantu and memberi kesedaran dekat orang dekat luar sana yang supplement juga penting untuk badan kita, sebab tak semua body manusia tu sama. Sedangkan thumbprint kita pun berbeza apatah lagi keperluan badan, jadi tak salah untuk kita amalkan supplement - asalkan #SupplementWisely 

And Ai harap sangat, bukan Ai je, tapi penjual-penjual supplement yang lain dekat luar sana, bukan Shaklee je, Jangan lah kita overclaim sesuatu product tu boleh menyembuhkan itu ini. Supplement takkan boleh menyembuhkan penyakit, Tapi hanya membantu you untuk you ada a healthy body dengan supply enough nutrient where your body is lacking. Itu sahaja. 

Kita tak pandai, so kita jangan pandai-pandai. 😏😏😏

Tapi kita boleh mencari ilmu, jadi kita share lah ilmu mana yang ada, semoga bermanfaat kepada orang lain, dan menjadi asbab yang Allah izinkan untuk kita membantu orang lain juga. 

Bye! 





0

. Personal Branding - Imagine Yourself as "influencer" walaupun you are not - YET

Last Weekend, I spent my day dengan explore ilmu baru on "Branding & Facebook Algorithm". And harini dah dapat gambar dari OP baru exited nak share sebab gambar dari handphone semua serba tak kena. Tudung senget dan sebagainya 😌 . Video gegarnya. Pasrah.

Anyhow, the main reason I attend kelas ni sebenarnya sebab I nak get a clear picture on Branding. I rasa most of my FB friends tahu I tokey Shaklee, tapi I always wonder whether my approach ni cukup ke untuk I attract new potential customers and followers? Ada lagi ke yang I boleh buat untuk tarik new target market yang mungkin boleh jadi potential customer I? OR cukup ke apa yang I buat ni untuk orang kenal I as "Tokey Shaklee" macam sekarang?




And yes, I finally get my answer here, during the seminar by @theonlinebossesbyfakhitahiqbal. I belajar pasal Branding vs Marketing, Facebook Algorithm, and also sharing yang sangat membakar semangat yang memujuk hati I - Hey, its okay when you buat something yang maybe orang lain tak setuju dengan apa yang you buat. Just prove them wrong! Since it had been a longgggg kesedihan membara di hati since the day I am unemployed sebab orang sekeliling especially parents menyarankan untuk I masuk office and kerja balik, ada masanya I rasa macam sedih sebab the closest person dengan I pun tak sokong apa yang I nak buat. Biasalah parents kan, diorang tak lah menghalang cuma lebih prefer I ada kerja tetap, ada gaji. So its quite frustrating jugak sebenarnya , TAPI I JUST NEED TO PROVE TO THEM that THEY ARE WRONG! Kan?



For me personally, Fakhitah is a proven success yang u tak perlu popular macam artis, u tak payah buat viral merepek, u tak payah guna nama mak ayah you untuk orang kenal. The right way on how u brand yourself is enough untuk u marketkan diri you and tarik orang untuk jadi you punya customer, and know your business. (Even in a short time!). I selalu rasa I ni tak popular, I ni tak lawa, I ni takde Xfactor, I ni takde kawan and my life hambar and takde yang menarik untuk dikongsikan. Macam mana I nak berbusiness? But then yes, you got the will, you boleh buat apa je yang you nak and be whatever you want to be!


My strength maybe tak sama dengan orang lain, I reserved, I know my strength is not by coming out and greet people, My interpersonal skill memang out sebab I suka berada dalam dunia I sendiri (Sebab tu I suka kerja dekat rumah, LOL!) but I definitely believe yang semua orang ada peluang yang sama untuk sama menonjol dengan orang lain. It just depends on YOU & how strong is your branding. I tahu I akan ambil masa sikit untuk brand my name and to let people know, tapi kita semua ada peluang yang sama.
I rasa ramai jugak kat luar sana yang self esteem agak down sebab kekurangan masing-masing. But heyyy! We all can be whatever we wanna be. As long as kita tak putus asa, which is the same thing I keep telling myself. "No Enon, never Giveup. Harini maybe bukan hari yang Allah tetapkan untuk bagi kau rezeki macam orang lain, tapi your time will come!" Just jangan putus asa and keep consistent which is the tips yang I dapat masa kelas Personal branding haritu:

"KEEP CONSISTENT"
"ISTIQOMAH" 

At the end of the day, Hard Work always paid off. 😉


Masa dalam seminar hari2, dalam one of the question yang untuk identify kita punya Personal Branding is "Who is your role model in business?" 

I dont have the answer for that. And I guess I need to explore mana businesswoman yang I boleh jadikan role model ni.

Neelofa? Vivy? Bonda Rozita?

Hmm. What say you?

😕😕😕


0

. Satu Hari di Hari Raya

"Alamakkkkkkk!!!!!! Sh*t!" 

Pagi tu aku dah jerit dah sebab tudung yang digosok, terlebih gosok sampai terbako. Kengkonon nak pakai tudung plain maroon terus jadi pakai tudung printed maroon. Plan asal nak pakai bawal, terus jadi pakai shawl. Tapi, tak membantutkan semangat nak raya. 

Keluar bilik dan terus pergi dapur peluk mak. Macam tahun-tahun sebelum ni, ataupun bebila masa pun bila aku balik kampung, bangun pagi mesti cari mak peluk mak dulu. Pagi tu pun macam biasa. Peluk mak dengan rambut serabai ala-ala Rosmah Mansur yang tersembunyi di sebalik tudung sarung Mydin, "Selamat Pagi Mak, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin" aku cakap sambil peluk mak. 

"Selamat Hari Raya.. apalah bangun lambat orang dah nak siap pergi sembahyang raya, ni baru bangun" - Padahal baru pukul 7.30am. Aku memang tengah Red Flag so tak kejar Subuh, pun jadi terlajak lah kan di pagi raya. 😝

Aku pun malas nak dengar Mak membebel macam biasa terus ke depan, capai balang kuih raya. 

"Aqil, dah mandi ke belum?!"

"Mak Nida, Aqilah nak ikut pergi sembahyang raya"
"Enon, tolong gosok telekong mak sat!"

"Cepat-cepat makan ni kang nak g semayang raya!"

Suara semorang tenggelam timbul kejap dalam rumah tu. Tak campur lagi suara anak buah, tak masuk lagi suara Adik yang macam nak satu Pengkalan Baru dengar. 😆😆😆😆

Tahun ni aku, Kak Nyah & Yong tak g semayang raya. Sebab ada 4 anak kecik kat rumah, and sebab Red Flag lah. Kah! Aku bukan nak cakap apalah, tapi walaupun muka aku ni macam tak siap , tapi bila makeup macam siap gak weyh. Oleh yang demikian, tugas makeup ni memang dapat kat aku. So pagi tu selain dari Yayaa yang nak mama mandikan and siapkan, Yong & Kak Nyah pun aku siapkan. LOL!! 

Hasilnya, orang balik sembahyang raya aku baru lah nak terkocoh mandi. Hmm. 

"Bb.. Ooo Bb." 

Suara laki aku yang membuktikan diorang dah balik sembahyang raya. And aku dari dalam bilik air dah membayangkan yang mereka sudahpun mula menyantap rendang dan lemang. dan kuih raya. dan rendang tok. dan lontong. dan segalanya. T____________T. Cis. 

Aku siap mandi semua dah siap nak pakai tudung semua masuk bilik mak, mak tegur baju aku seksi sangat. Eh padahal mana ada seksi sangat. Mungkin sebab tak pakai inner, so nampak tak sopan mak aku kabo. Terus aku salin baju. So kesimpulannya , Raya 1st aku tahun ni, aku tak pakai baju Raya baru, aku pakai baju recycle tahun lepas sebab - Mak kata baju raya aku tak sopan. Demimu Mak, aku turutkan. 

Dah siap pakai baju, siapkan mak aku yang umpama Cikgu Pencen, macam biasa ialah sesi bergambor. Kali ni aku sedar satu perkara yang :- 

"Enon, tolonglah tangkap gamba lawa-lawa. Sesungguhnya gamba kau buat muka buruk tu memang buruk jadinya, jadi Kak Limah"




dalam 10 gambar yang aku tangkap, 1 je yang elok. Yang lain semua macam hilang akal. 😔😔😓😓

I promise I will do better next time. I akan pose macam Kareena Kapoor ataupun one of ANTM's contestants. Jangan terkejut. 

...

"Cepat! ni naik kereta sapa ni?!"
"Anaqi mana?!"
"MAk ayah naik kereta siapa?!"
"Aqilah nak naik dengan Mama!"
"Aye nak ikut Opah!"
"Rumah dah kunci ke belum?"

Itu semua dialog nak pergi beraya okey? Orangnye berapa ketul je. tapi bisingnya Ya Ampun, tak tahu nak cakap. Macam tadilah, macam nak 1 Pengkalan Baru dengor. Apa masalah ntah. Tapi all is well, sebab aku dengan Coki kejar masa, aku sempat ikut pergi beraya rumah Mak Yang + Cik Yan je. Lepas tu kitorg shoot beraya rumah Coki. 


Abg Yus & Kak Ija beraya dekat Kedah dulu 1st raya ni, and Angah & Kak Sarah beraya dekat Johor dulu. so this is my smoll not so smoll family. Tak setiap tahun ada bergambo macam ni, so this year is one of a kind , so one for archieve and memory kita tepek lah sini ye.! 

Satu hari di hari raya pertama tamat kat sini je. Sebab petang tu lepas Zohor aku dengan Amat dahh shoot beraya ke Kelantan pulak. A new experience jugak sebenarnya sebab sepanjang 9 tahun kenal dengan Amat, last raya was the first time kitorang pergi Kelantan naik kereta sama-sama. Masa bercinta pun tak pernah. 

Raya tahun ni, aku dapat banyak wakeup call. aku tengok dunia ni dari sudut yang berbeza melalui beberapa perkara. And raya tahun ni jugak berbeza sebab masa raya - aku bukan seorang yang berkarier profesional, aku seorang suri rumah. Banyak yang berubah tang tu. Dan disebalik semua yang berubah itu, satu yang pasti yang berubah itu ialah - ketabahan hati aku. 

"People are illogical, unreasonable, and self-centered.
Love them anyway"

Sempena hari raya ini, 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA! 
0

Skincare Anti Aging Best Gila! #YouthShaklee

Assalamualaikum & hello Guys!


I mulakan dengan share gambar I yang paling latest di tahun 2019 ini. LOL! Saje lah buat kenang-kenangan sebab bukan selalu Amat berjaya menjadi #InstagramHusband. HAHA! Actually I nak share gambar tu sebab I rasa I cantik. Astaghfirullahalazim. Sesungguhnya I takde niat nak puji diri sendiri. 😂😂😂😂

Pernah tak korang rasa macam ada hari-hari korang rasa kulit korang behave nak mampus , rasa skin cantik and flawless gila, sampai rasa macam tak payah pakai makeup pun dah lawa. Pernah tak? pernah tak?? I baru-baru ni rasa macam tu. Tak habis-habis cakap and tanya Amat :

"Bb cantik kan b kan?"
 "Bb ni cerah kan sebenarnya kan b kan?" 

and the bla bla bla goes on sampai Amat rasa nak muntah. 😅

Haaaaa, sekali Allah tu nak tunjuk terus Day of the month pun tiba and hormonal acne jadi out of control. Lepas tu perut lapar je, makan macam-macam, tak termasuk lagi desert, gula lagi. Haish. Menyesal. Tapi I okey, sebab walaupun begitu, I tau I just facing 1 week of hormonal acne then kulit I akan okey balik. ANDDD I nak share 1 skincare yang worth untuk you try. 

YOUTH SKINCARE BY SHAKLEE


Dalam ni ada Cleanser, toner, serum, moisturiser SPF 50, night cream & Radiance Vit C+ E. 

I takde lah nak cakap pasal semua, sebab kalau nak cakap pasal semua memang berkajang-kajang lah entri ni nanti. Macam biasa bila I cakap pasal skincare, I nak share pasal ingredients. And sumpah okey, Ingredients dalam Youth Skincare Shaklee ni memang best gila . And untuk siapa yang tanya, ni range untuk siapa? untuk skin concern apa? I will definitely say it safe for everybody, termasuklah untuk golongan yang ada kulit sensitif, ezcema ke even psoriasis. ANDDD untk yang nak kelihatan 8tahun lebih muda sebab ingredient list dia more to anti - aging. Sebab tu lah nama dia "YOUTH'. Nak meng-YOUTH-kan pengguna dia. #YOUTHPOWER #KuasaBelia . Ehh?

Basic Skincare Routine yang semua orang WAJIB tahu bila nak start routine is 

Cleanse - Tone - Moisturize - Sunscreen. 

Tapi harini I nak share pasal cleanser dengan toner dia je. Sebab dua ni ingredients list dia sama, so i rasa i sekalikan je. senang. Kan? Insyallah esok I cerita pasal yang lain. 


Youth Luminous Gel Oil Cleanser 



Youth Perfecting Skin Toner. 

Yang specialnya Youth ni, sebab dia dirumus sekali dengan ekstrak muscadine grape and Green algae. Special sangat ke 2 mende alah ni?



Full ingredients list untuk Youth Cleanser. Toner pun sama jugak. So i nak share benefit 10 main ingredients dalam Youth cleanser dengan Youth Toner ni. 

Muscadine Grape Extract 
- Antioksidan yang bertindak untuk melawan radikal bebas (bakteria dari habuk, hama, environment semua) 
- Repair skin barrier 
- Membantu untuk produce antioksidan semulajadi dalam badan 


Green Algae 
-Tinggi kandungan protein & fatty acids (2 item ni penting untuk jaga skin barrier!) 
- Menegangkan kulit 
- Membekalkan kelembapan, hydration, & membantu mengurangkan fine lines & kedut 


Glycerin 
- treat & prevent kulit kering, kasar 
- humectant yang menarik kelembapan dari luar
- hydrate kulit & tahan supaya kelembapan kulit tu tak tersejat keluar 
- Menguatkan skin barrier 


Tocopheryl Acetate (Vit E) 
- sumber antioksidan untuk kulit 
- Defend kulit dari environment yang kotor 
- menenangkan & melegakan kulit (Skin soothing) 
- menggalakkan pembaikan sel kulit yang rosak 


Panthenol (Vitamin B5) 
- menggalakkan hyration untuk kulit 
- Repair skin damage 


Retinyl Palmitate (Vitamin A) 
- Form of retinol yang lebih ringan & halus 
- Sumber antioksida untuk kelihatan awet muda 
- Menggalakkan kesembuhan kulit yang rosak 


Niacinamide
- Boost immunity untuk kulit. Kulit yang sihat ialah kulit yang cantik!
- Memperbaiki struktur epdermal barrier (Skin barrier) 
- Mengawal sebum (minyak) production  (Elak kulit berminyak) 
- Mengurangkan tona kulit yang tidak sekata & pigmentasi 
- Mengurangkan kedut 


Magnesium Asorbyl Phospate (Vit C) 
- Menggalakkan collagen production 
- Mencerahkan kulit 


Avocado Oil 
- Nourish & melembapkan kulit 
- Melegakan keradangan kulit dari ezcema & psoriasis
- Merawat dan mengelakkan jerawat 
- Mengalakkan kesembuhan parut dan luka pada kulit 
- Merawat sunburn 
- Mengurangkan tanda penuaan 


Yeast 
- Sumber antioksida
- Melembapkan dan melegakan kulit 


HUISSSSSSHHH . PONEKKK DEN. 
HAHAHAHAHAHHA. 

Baru 10, tu pun banyak lagi. Tapi yang I nak cakapnya, by ingredient list pun memang nampak how Shaklee rumuskan bahan-bahan yang baik je untuk skincare line ni. 

Sebelum ni kan, I kalau beli skincare mesti pasal dia hype, lepas tu packaging cantik, lepas tu pasal terpengaruh dengan "CERAH DALAM 7 HARI". I taknak orang kat luar sana still terpengaruh dengan iklan macam ni. Sbb tu I share ingredient list. So kalau tak semua, sikit pun boleh ajar korang mcm mana nak tengok ingredient list and function dalam setiap list tu. 😍😍😍

Ramai yang kata mahal lah tak mampu lah, Tapi korang tau tak, satu set ni at least tahan 6 bulan! Dari korg beli set-set timbang kilo yang RM100 sebulan tu, baik RM100 sebulan tu spent beli Youth ni. Berbaloi and kulit pun sihat! 



Gambar I? Nanti I share sebab now I tengah hadap hormonal acne ni. Kahkah!

Dulu kan, serum I je entah berapa botol sebab setiap 1 botol tu fokus untuk treat specific skin condition. Kalau pernah dengar brand The Ordinary, memang serum dia satu-satu. Niacinamide 1, Retinol 1, HA 1, Vit C 1, so bila ada brand yang menawarkan satu product yang rumuskan semua skin concern yang I nak, I happy sangat. 


Cant wait nak share dengan korang my personal result pulak. Tunggu okey! 

Kalau ada antara korang yang lepas baca ni rasa macam 

"Eh macam best je Youth ni?" 
"Eh macam berkesan je Youth ni?"
"Eh macam nak try je Youth ni?"

Boleh whatsapp je I okey? I am more than happy untuk explain dekat you further. 

Nak sembang dengan I pasal beauty stuff pun boleh sebab I more than happy kalau ada beauty junkie macam i. manalah tahu kita boleh jadi kawan kan?

Okeylah, i think thats all for now. Jadi surirumah sekarang ni nak masak pulak. Laki nak balik makan. LOL!

Until then, 
Bye!

Your Favourite Tokey Shaklee, 
Ainnun Nadhirah 

017-5993195 

or klik je sini. 








0

. My First Attempt of Rendang Ayam

Hi ! 

Last week, tekak I rasa nak melayan rendang ayam + Pulut Kuning. Entah kenapa lah tekak tu rasa nak makan pulut kuning + rendang ayam. Rendang ayam pulak bukan rendang ayam yang biasa tu, siap gigih tau menggugel rupa paras rendang ayam yang nak dek tekak lepas tu cari resepi. LoL. (Nope, Im not pregnant - yet) . 

Weekend memang hari untuk memasak sebab both I dengan Amat memang akan ada dekat rumah and jarang gila keluar , sebab I memang spesis yang suka duk rumah. Bila macam tetiba terasa nak keluar baru keluar rumah. Kalau tak memang weekend tu akan dispent duk dekat rumah - layan tv3 hindustan pukul 2 (me) and Amat akan main game sampai lebam mata. So ceritanya weekend lepas , lunch kami sambil tengok hindustan cerita Asoka dekat TV3 is - Rendang Ayam , And this is my 1st attempt. Sebelum ni kalau nak makan rendang either suh Amat beli , and last time I makan rendang - Ayep masak masa diorang datang rumah. 

So lets get started! Btw I follow resepi ni dari Sini . Cara masak and bahan-bahan i adjust ikut ape yang ada dekat dapur I, ikut level malas I . HAHAHAHAHAHAHAHA. 

Bahan-bahan :

  1. Ayam (I guna separuh ayam je) 
  2. Bahan Blender 
    • Bawang merah 
    • Bawang putih 
    • Halia 
    • Lengkuas
    • Serai
    • Cili kering 
  3. Garam 
  4. Santan 
  5. Kerisik 
  6. Air asam jawa
  7. Daun kunyit 

Cara - cara memasak. Lets get started!
(Trust me sumpah senang okey) 



Mula - mula tumis Bawang merah , Bawang putih, Halia, serai, lengkuas yang dah ditumbuk. Tumis je sampai naik bau (?) sampai masak lah. 

**And petua dari my MIL, kalau nak blend kan, Halia + Lengkuas blend asing dengan bawang & bawang putih. sebab dia punya particle tu tak hancur dengan skala yang sama (Ayat dia konfirm bukan macam ni tapi I tulis balik ikut apa yang I faham) , Halia kan ada tali-tali dia tu kan, kadang-kadang bila blender sekali dia xckup hancur and jus dia xckup keluar. 

Tapi as i said, resepi ni bergantung kepada level malas dan rajin i, so I malas dan lapar, i belnd je semua. and cili kering yang dah blender I guna je cili kering stok yang memang dah ada (Cili kering + bawang putih + Air) . HAHAHAHAHAHA. 


Lepas tu, masukkan cili blend. Macam I, I guna je stok cili blend I yang memang ada. If im not mistaken, Ada setengah orang, dia blend je semua ni sekali gus, takde asing-asing. and tumis smpai naik minyak. Kalau rasa-rasa macam minyak mula-mula yang buh tu tak cukup, ha lepas tu tambah lah minyak sikit lagi untuk make sure cili kering tu masak. 



lepas naik minyak, masukkan ayam. Taraaaaa!!! macam I, memang I guna separuh ekor ayam. gaul-gaul bagi rata , lepas tu kecikkan api, bagi air ayam kua sikit, and kulit ayam garing sikit jadi rendang ayam crispy. LOL. Buat lawak lagi. Ketawa lah weyh. lucu ni. 😹😹😹


Lepas tu, bila nampak macam dah ada kua sikit jus-jus ayam tu, masukkan santan. tak ingat sukatan dia berapa banyak, sbb ni guna santan manual. beli kelapa pastu perah kua santan. lebih lemak. (amat lah kata) kalau beli santan kotak mungkin lebih kurang 3 kotak santan yang kecik tu? I agak-agak je. 

And tau tak macam mana kitorg kuakan santan tu? I blender. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAH. Kelakar lagi, Dulu-dulu, mak I akan perah kuakan santan tu guna kain. Tapi I tak lah serajin tu. So i blendr je lepas tu tapis guna tapis air. 😂😂😂😂

Kreatif kan I?

Masa memula masukkan santan ni, I dah memang "habis lah ni, habis lah tak sedap lah ni terlebih santan ni habislahhhhhhhhhhh" Tapi actually , bila semua dah kering, jumlah santan tu just nice. 

Masa ni, bila nampak macam AYAM SUDAH MACAM NAK MASAK, air dah kering sikit - masukkan lah garam, gula, kerisik, and air asam jawa. Perasakan lah dengan secukup rasa ke, ajinomoto ke apa ke. Tapi I, I guna secukup rasa je. 

TIPS LAGI : SEPARUH EKOR AYAM SESUDU KERISIK JE.

Amat dia p bubuh satu plastim kerisik yang kecik tu, habis short rasa rendang. rasa kerisik terlebih . 
😒😒😒😒😒😒 

Salah Amat. 


Bila semua dah kering.. Taaaaraaaaa!!! 

Siap dah. Ricih lah daun kunyit tu halus-halus and taburkan pastu gaul rata. 

Setel! 

Disbab kan lapar yang amat, tak sempat tangkap gamba proper dalam pinggan. terus bedal dan makan. Seriously sedap okey. Tapi sedap tu bila makan selepas 4-5 jam. I masak tengah hari, so masa makan tengah hari tu, rasa dia so-so je. macam okey lahhhhhh. Takde rasa bangga pun. Tapi, makan yang 2nd batch tu masa malam dia, perrhhhhhh. Sumpa sehingga menjilat jari sebab rasa tu dah sebati dan meresap kedalam ayam tu. Haish. Sehingga ke hari ni terliur dengan Rendang Ayam sendiri. HAHAHAHAHAHA. 😆😆😆😆


Tapi kan, dalam banyak-banyak rendang yang I pernah tengok orang masak, cara mak I paling senang. Dia blender je semua, letak ayam dalam kuali, letak santan letak bahan blender, tunggu kering pas2 perasakan. Lagi mudah dan senang.

 Korang tak nak cuba ke?













0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com