Search This Blog

. Ubat vs Supplement

Assalamualaikum & Hello Gais! 

Ai rasa macam dah beberapa ketika jugak tak update anything on my blog, last time update pun pasal Ai pergi kelas Personal Branding bulan 7 hari tu. A few classes jugak Ai dah pergi, tapi asyik lupa nak share dalam Blog. Ai pergi kelas "Raising Hand with Full Faith", then ada  2 kursus dengan CIDB pasal Stress Management & leadership, and Ai ada attend MCC Seminar dengan my Shaklee team, ANDDD Ai ada attend kelas untuk "Self Healing" jugak. Banyak kan kelas Ai attend? Tapi rasa malaaaasss gila nak update Blog. LOL! 

But untuk bulan 9 ni, Ai macam cuba commit untuk update Blog at least seminggu sekali (I try my best)! Sebabnya Ai nak rekod semua journey Ai dekat Blog. To update my blog daily it seems impossible sebab now Ai ada kerja tetap which require my 9am-6pm , so I think once a week pun dah okey sekarang ni. Consistent is the KEY!

Since Ai sekarang ni jual Shaklee as most of you guys know, Ai cuba elakkan dari buat menjual ke, but more to sharing apa yang Ai ada. Ai tertanya- tanya jugak agaknya apa content yang sesuai untuk Ai tulis , patut ke Ai tulis pasal my personal life macam ala-ala life update tu but bila fikir balik, Ai bukan artis. Perlu ke Ai tulis pasal construction knowledge? But then again, Ai rasa macam nak tulis pasal sesuatu yang general yang related dengan Ai, so Ai come to this topic, yang memang boleh buat kena kecam .
 "Ubat Vs Supplement" . 

Ai rasa topik ni agak taboo jugak sebenarnya selain dari topik Sex Education dan sebagainya sebab dalam dunia kita ni , dalam Malaysia ni , sentiasa ada dua pihak yang Pro Supplement & Anti Supplement. And Ai - as a Shaklee Distributor yang merupakan penjual supplement ni, agak terkesan jugak sebenarnya bila topik ni jadi perbualan. So I thought macam, okey, why not Ai tulis pasal benda ni dekat Blog, sebab kalau tulis kat FB kang kena screenshot bagi kat Abah Yoi pulek, sis tak kuadd. LOL! 

Okey before Ai start, korang tau tak sebenarnya ubat / supplement tu apa? Well, 

Mengikut definisi di bawah Akta Jualan Dadah 1952, ubat (dadah) adalah termasuk apa-apa bahan, produk atau artikel yang bertujuan atau berupaya untuk digunakan ke atas manusia atau haiwan samada secara dalaman atau luaran, bagi tujuan perubatan.



based on info yang Ai dapat dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia , ubat ni ada dua kategori,  iaitu Ubat Terkawal dan ubat am

Ubat Terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat kencing manis 

Ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).

Dah tu, supplement tu apa pulak? Supplement tu term in English guys. Yang bermaksud "tambahan" . Yang biasanya jadi bullet ni orang cakap pasal "Dietary Supplement" which means makanan tambahn untuk badan 

dietary supplement is a manufactured product intended to supplement the diet when taken by mouth as a pill, capsule, tablet, or liquid. A supplement can provide nutrients either extracted from food sources or synthetic, individually or in combination, in order to increase the quantity of their consumption. 

Berbeza dengan "Ubat" yang memang bertujuan untuk menyembuhkan penyakit, "Supplement" ni pulak bukan untuk menyembuhkan penyakit, tapi sebaliknya untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi badan sekiranya ada kurang pada mana-mana zat yang badan kita perlukan. 
Ramai yang salah faham sebenarnya macam mana supplement ni berfungsi, sebab ramai yang imagine "Makan supplement pun boleh sihat" and its actually did not works that way. I am not a pharmacist ke doctor ke or whoever yang bekerja dalam medical line - not even a nutrionist tapi Ai tahu apa perbezaan dalam ubat and supplement which make me sad sebab kadang-kadang orang anggap semua SID ni macam tak tahu apa-apa and do everything for the sake of money which actually we are not. 

Ai copy some info yang Ai from health portal okey?
Di dalam dunia farmaseutikal, ubat dikelaskan kepada 2 kategori utama iaitu ubat mengandungi racun berjadual dan ubat tanpa racun berjadual:
  1. Ubat mengandungi racun berjadual adalah kategori ubat-ubatan yang mengandungi bahan- bahan racun berjadual yang telah disenaraikan didalam Akta Racun 1952.
    Di dalam bahasa yang mudah, racun ini dikenali sebagai ubat terkawal. Semua ubat terkawal mempunyai nombor pendaftaran yang diakhiri dengan huruf ‘A’. 
  2. Ubat tanpa racun berjadual adalah ubat yang boleh dibeli di premis farmasi komuniti atau premis lain tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor atau berjumpa dengan ahli farmasi. Contoh ubat ini adalah seperti vitamin, suplemen, ubat tradisional dan sebagainya. 
"Dah tu kalau supplement masuk kategori yang mana pulak?" 

Supplement masuk kategori yang No.2 tu. Yang dijual dekat farmasi atau premis lain yang tak perlukan preskripsi doctor atau berjumpa dengan ahli farmasi. Kenapa tak perlu jumpa doctor pun? 

SEBAB SUPPLEMENT BUKAN UBAT - SUPPLEMENT IALAH MAKANAN TAMBAHAN YANG KITA CONSUME UNTUK MENCUKUPKAN KEPERLUAN NUTRISI BADAN. 


Nampak tak dekat situ?

Kenapa ramai orang anggap Supplement ni ubat? In my POV sebagai seorang pengedar supplement , Ai percaya yang whatever happens to your body berkait rapat dengan lifestyle you. Pola pemakanan, cara you kerja, you kerap atau tak exercise, but mainly berkait rapat dengan lifestyle sendiri. Ada orang yang badan selalu lemah, lemau dan lesu, tapi bila pergi jumpa doktor, doktor kata stress dan hanya perlukan rehat yang secukupnya. TAPIII sebenarnya apa yang kurang dalam badan ialah nutrisi yang badan kita perlukan. Jadi dengan pengambilan supplement yang bukan ubat tu - orang yang consume tu mendapat nutrisi yang secukupnya and lebih bertenaga and sihat macam biasa. 

Ai bagi diri Ai sebagai contoh, Ai ada masalah untuk buang air besar setiap hari. Ai do met the doctors tapi apa yang doc prescribe bagi Ai ( macam sachet bancuh fibre tu) tak membantu pun sebab Ai tak boleh telan. Di samping nasihat "you kena banyak makan sayur" - which Ai admit yang eating pattern Ai tak healthy sebab Ai tak makan sayur, so mana sumber yang Ai boleh dapatkan nutrisi yang secukupnya untuk mudahkan Ai punya digestion? - YES, From supplement. 

Ada orang tak cukup fibre dalam food intake dia, tak cukup magnesium, Vitamin B lah, C lah, and kadang-kadang ni bukan penyakit pun, it just kesan sampingan yang you dapat kesan dari unhealthy lifestyle yang tak payah ubat pun which supplements can help - for those yang tak prefer "real food" . 

Itu fungsi Supplement - as ADDITIONAL to your body. Dia tak menyembuhkan penyakit, but it helps to provide enough nutrition to your body. 

TAPIIIIII KKM APPROVED KE SUPPLEMENT SEMUA NII???

Ubat - haruslah ada approval dari KKM kan dah doktor yang prescribe dekat patient, tapi untuk supplement ni macam mana? Sekarang ni dah macam-macam supplement kat pasaran ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Berapa ramai yang keluar TV untuk promote supplement memasing sampai kaya juta-juta? Tapi selamat ke?

Sebab tu, Ai selalu cakap and share yang kita kena take supplement wisely. Which means, first thing yang you kena ensure - Ada KKM Approval. Dalam jualan Supplement No. Mal dia mesti ada nombor pendaftaran yang diakhiri dengan huruf ‘X,N atauT’. Sebagai contoh MAL20031234 X/N/T

Dekat negara kita ni, semua supplement yang dijual kena berdaftar dengan KKM Malaysia. Haritu masa rancangan TV Analisis dekat chanel Al-Hijrah, pegawai wakil dari Jabatan Farmasi KKM cakap, Untuk setiap supplement / ubat yang berdaftar dengan KKM , Pihak KKM Memberi jaminan dari segi 3 perkara :- 

Tujuan pendaftaran ubat adalah bagi memastikan hanya ubat yang berkualiti, selamat digunakan dan berkesan sahaja yang digunakan di negara kita.

And guess what? Walaupun Shaklee tak masuk farmasi kat Malaysia ni (Shaklee dekat oversea dijual di Famasi & Klinik), Shaklee berdaftar dengan KKM and korang boleh check dekat laman web KKM yang untuk check status pendaftaran tu. 

      


Jadi, you gais nak consume supplement is actually tak salah pun, asalkan :- 

i) Just consume supplement yang body you perlukan 
ii) Consume supplement yang ada KKM and bukan produk timbang kilo 
iii) Jadi pengguna yang bijak - sebab supplement bukan ubat! 

Dari sudut pandang seorang pesakit - Ai faham bila kita terdesak and desperate nak sihat, kita sanggup buat and spent berapa je asalkan kita dapat kesihatan yang baik, tapi ada sesetengah penyakit yang you tak perlukan supplement semata-mata tapi you jugak perlu jumpa doctor and ambil ubat untuk sakit you. 

And dari sudut pandang seorang manusia biasa dan jugak seorang pengedar supplement, Ai harap sangat Ai dapat membantu and memberi kesedaran dekat orang dekat luar sana yang supplement juga penting untuk badan kita, sebab tak semua body manusia tu sama. Sedangkan thumbprint kita pun berbeza apatah lagi keperluan badan, jadi tak salah untuk kita amalkan supplement - asalkan #SupplementWisely 

And Ai harap sangat, bukan Ai je, tapi penjual-penjual supplement yang lain dekat luar sana, bukan Shaklee je, Jangan lah kita overclaim sesuatu product tu boleh menyembuhkan itu ini. Supplement takkan boleh menyembuhkan penyakit, Tapi hanya membantu you untuk you ada a healthy body dengan supply enough nutrient where your body is lacking. Itu sahaja. 

Kita tak pandai, so kita jangan pandai-pandai. 😏😏😏

Tapi kita boleh mencari ilmu, jadi kita share lah ilmu mana yang ada, semoga bermanfaat kepada orang lain, dan menjadi asbab yang Allah izinkan untuk kita membantu orang lain juga. 

Bye! 





No comments:

Post a Comment

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com