Hi !
Last week, tekak I rasa nak melayan rendang ayam + Pulut Kuning. Entah kenapa lah tekak tu rasa nak makan pulut kuning + rendang ayam. Rendang ayam pulak bukan rendang ayam yang biasa tu, siap gigih tau menggugel rupa paras rendang ayam yang nak dek tekak lepas tu cari resepi. LoL. (Nope, Im not pregnant - yet) .
Weekend memang hari untuk memasak sebab both I dengan Amat memang akan ada dekat rumah and jarang gila keluar , sebab I memang spesis yang suka duk rumah. Bila macam tetiba terasa nak keluar baru keluar rumah. Kalau tak memang weekend tu akan dispent duk dekat rumah - layan tv3 hindustan pukul 2 (me) and Amat akan main game sampai lebam mata. So ceritanya weekend lepas , lunch kami sambil tengok hindustan cerita Asoka dekat TV3 is - Rendang Ayam , And this is my 1st attempt. Sebelum ni kalau nak makan rendang either suh Amat beli , and last time I makan rendang - Ayep masak masa diorang datang rumah.
So lets get started! Btw I follow resepi ni dari Sini . Cara masak and bahan-bahan i adjust ikut ape yang ada dekat dapur I, ikut level malas I . HAHAHAHAHAHAHAHA.
Bahan-bahan :
- Ayam (I guna separuh ayam je)
- Bahan Blender
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Lengkuas
- Serai
- Cili kering
- Garam
- Santan
- Kerisik
- Air asam jawa
- Daun kunyit
Cara - cara memasak. Lets get started!
(Trust me sumpah senang okey)
(Trust me sumpah senang okey)
Mula - mula tumis Bawang merah , Bawang putih, Halia, serai, lengkuas yang dah ditumbuk. Tumis je sampai naik bau (?) sampai masak lah.
**And petua dari my MIL, kalau nak blend kan, Halia + Lengkuas blend asing dengan bawang & bawang putih. sebab dia punya particle tu tak hancur dengan skala yang sama (Ayat dia konfirm bukan macam ni tapi I tulis balik ikut apa yang I faham) , Halia kan ada tali-tali dia tu kan, kadang-kadang bila blender sekali dia xckup hancur and jus dia xckup keluar.
Tapi as i said, resepi ni bergantung kepada level malas dan rajin i, so I malas dan lapar, i belnd je semua. and cili kering yang dah blender I guna je cili kering stok yang memang dah ada (Cili kering + bawang putih + Air) . HAHAHAHAHAHA.
Lepas tu, masukkan cili blend. Macam I, I guna je stok cili blend I yang memang ada. If im not mistaken, Ada setengah orang, dia blend je semua ni sekali gus, takde asing-asing. and tumis smpai naik minyak. Kalau rasa-rasa macam minyak mula-mula yang buh tu tak cukup, ha lepas tu tambah lah minyak sikit lagi untuk make sure cili kering tu masak.
lepas naik minyak, masukkan ayam. Taraaaaa!!! macam I, memang I guna separuh ekor ayam. gaul-gaul bagi rata , lepas tu kecikkan api, bagi air ayam kua sikit, and kulit ayam garing sikit jadi rendang ayam crispy. LOL. Buat lawak lagi. Ketawa lah weyh. lucu ni. 😹😹😹
Lepas tu, bila nampak macam dah ada kua sikit jus-jus ayam tu, masukkan santan. tak ingat sukatan dia berapa banyak, sbb ni guna santan manual. beli kelapa pastu perah kua santan. lebih lemak. (amat lah kata) kalau beli santan kotak mungkin lebih kurang 3 kotak santan yang kecik tu? I agak-agak je.
And tau tak macam mana kitorg kuakan santan tu? I blender. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAH. Kelakar lagi, Dulu-dulu, mak I akan perah kuakan santan tu guna kain. Tapi I tak lah serajin tu. So i blendr je lepas tu tapis guna tapis air. 😂😂😂😂
Kreatif kan I?
Masa memula masukkan santan ni, I dah memang "habis lah ni, habis lah tak sedap lah ni terlebih santan ni habislahhhhhhhhhhh" Tapi actually , bila semua dah kering, jumlah santan tu just nice.
Masa ni, bila nampak macam AYAM SUDAH MACAM NAK MASAK, air dah kering sikit - masukkan lah garam, gula, kerisik, and air asam jawa. Perasakan lah dengan secukup rasa ke, ajinomoto ke apa ke. Tapi I, I guna secukup rasa je.
TIPS LAGI : SEPARUH EKOR AYAM SESUDU KERISIK JE.
Amat dia p bubuh satu plastim kerisik yang kecik tu, habis short rasa rendang. rasa kerisik terlebih .
Amat dia p bubuh satu plastim kerisik yang kecik tu, habis short rasa rendang. rasa kerisik terlebih .
😒😒😒😒😒😒
Salah Amat.
Bila semua dah kering.. Taaaaraaaaa!!!
Siap dah. Ricih lah daun kunyit tu halus-halus and taburkan pastu gaul rata.
Setel!
Disbab kan lapar yang amat, tak sempat tangkap gamba proper dalam pinggan. terus bedal dan makan. Seriously sedap okey. Tapi sedap tu bila makan selepas 4-5 jam. I masak tengah hari, so masa makan tengah hari tu, rasa dia so-so je. macam okey lahhhhhh. Takde rasa bangga pun. Tapi, makan yang 2nd batch tu masa malam dia, perrhhhhhh. Sumpa sehingga menjilat jari sebab rasa tu dah sebati dan meresap kedalam ayam tu. Haish. Sehingga ke hari ni terliur dengan Rendang Ayam sendiri. HAHAHAHAHAHA. 😆😆😆😆
Tapi kan, dalam banyak-banyak rendang yang I pernah tengok orang masak, cara mak I paling senang. Dia blender je semua, letak ayam dalam kuali, letak santan letak bahan blender, tunggu kering pas2 perasakan. Lagi mudah dan senang.
Korang tak nak cuba ke?





No comments:
Post a Comment