"Alamakkkkkkk!!!!!! Sh*t!"
Pagi tu aku dah jerit dah sebab tudung yang digosok, terlebih gosok sampai terbako. Kengkonon nak pakai tudung plain maroon terus jadi pakai tudung printed maroon. Plan asal nak pakai bawal, terus jadi pakai shawl. Tapi, tak membantutkan semangat nak raya.
Keluar bilik dan terus pergi dapur peluk mak. Macam tahun-tahun sebelum ni, ataupun bebila masa pun bila aku balik kampung, bangun pagi mesti cari mak peluk mak dulu. Pagi tu pun macam biasa. Peluk mak dengan rambut serabai ala-ala Rosmah Mansur yang tersembunyi di sebalik tudung sarung Mydin, "Selamat Pagi Mak, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin" aku cakap sambil peluk mak.
"Selamat Hari Raya.. apalah bangun lambat orang dah nak siap pergi sembahyang raya, ni baru bangun" - Padahal baru pukul 7.30am. Aku memang tengah Red Flag so tak kejar Subuh, pun jadi terlajak lah kan di pagi raya. 😝
Aku pun malas nak dengar Mak membebel macam biasa terus ke depan, capai balang kuih raya.
"Aqil, dah mandi ke belum?!"
"Mak Nida, Aqilah nak ikut pergi sembahyang raya"
"Enon, tolong gosok telekong mak sat!"
"Cepat-cepat makan ni kang nak g semayang raya!"
Suara semorang tenggelam timbul kejap dalam rumah tu. Tak campur lagi suara anak buah, tak masuk lagi suara Adik yang macam nak satu Pengkalan Baru dengar. 😆😆😆😆
Tahun ni aku, Kak Nyah & Yong tak g semayang raya. Sebab ada 4 anak kecik kat rumah, and sebab Red Flag lah. Kah! Aku bukan nak cakap apalah, tapi walaupun muka aku ni macam tak siap , tapi bila makeup macam siap gak weyh. Oleh yang demikian, tugas makeup ni memang dapat kat aku. So pagi tu selain dari Yayaa yang nak mama mandikan and siapkan, Yong & Kak Nyah pun aku siapkan. LOL!!
Hasilnya, orang balik sembahyang raya aku baru lah nak terkocoh mandi. Hmm.
"Bb.. Ooo Bb."
Suara laki aku yang membuktikan diorang dah balik sembahyang raya. And aku dari dalam bilik air dah membayangkan yang mereka sudahpun mula menyantap rendang dan lemang. dan kuih raya. dan rendang tok. dan lontong. dan segalanya. T____________T. Cis.
Aku siap mandi semua dah siap nak pakai tudung semua masuk bilik mak, mak tegur baju aku seksi sangat. Eh padahal mana ada seksi sangat. Mungkin sebab tak pakai inner, so nampak tak sopan mak aku kabo. Terus aku salin baju. So kesimpulannya , Raya 1st aku tahun ni, aku tak pakai baju Raya baru, aku pakai baju recycle tahun lepas sebab - Mak kata baju raya aku tak sopan. Demimu Mak, aku turutkan.
Dah siap pakai baju, siapkan mak aku yang umpama Cikgu Pencen, macam biasa ialah sesi bergambor. Kali ni aku sedar satu perkara yang :-
"Enon, tolonglah tangkap gamba lawa-lawa. Sesungguhnya gamba kau buat muka buruk tu memang buruk jadinya, jadi Kak Limah"
dalam 10 gambar yang aku tangkap, 1 je yang elok. Yang lain semua macam hilang akal. 😔😔😓😓
I promise I will do better next time. I akan pose macam Kareena Kapoor ataupun one of ANTM's contestants. Jangan terkejut.
...
"Cepat! ni naik kereta sapa ni?!"
"Anaqi mana?!"
"MAk ayah naik kereta siapa?!"
"Aqilah nak naik dengan Mama!"
"Aye nak ikut Opah!"
"Rumah dah kunci ke belum?"
Itu semua dialog nak pergi beraya okey? Orangnye berapa ketul je. tapi bisingnya Ya Ampun, tak tahu nak cakap. Macam tadilah, macam nak 1 Pengkalan Baru dengor. Apa masalah ntah. Tapi all is well, sebab aku dengan Coki kejar masa, aku sempat ikut pergi beraya rumah Mak Yang + Cik Yan je. Lepas tu kitorg shoot beraya rumah Coki.
Abg Yus & Kak Ija beraya dekat Kedah dulu 1st raya ni, and Angah & Kak Sarah beraya dekat Johor dulu. so this is my smoll not so smoll family. Tak setiap tahun ada bergambo macam ni, so this year is one of a kind , so one for archieve and memory kita tepek lah sini ye.!
Satu hari di hari raya pertama tamat kat sini je. Sebab petang tu lepas Zohor aku dengan Amat dahh shoot beraya ke Kelantan pulak. A new experience jugak sebenarnya sebab sepanjang 9 tahun kenal dengan Amat, last raya was the first time kitorang pergi Kelantan naik kereta sama-sama. Masa bercinta pun tak pernah.
Raya tahun ni, aku dapat banyak wakeup call. aku tengok dunia ni dari sudut yang berbeza melalui beberapa perkara. And raya tahun ni jugak berbeza sebab masa raya - aku bukan seorang yang berkarier profesional, aku seorang suri rumah. Banyak yang berubah tang tu. Dan disebalik semua yang berubah itu, satu yang pasti yang berubah itu ialah - ketabahan hati aku.
"People are illogical, unreasonable, and self-centered.
Love them anyway"
Love them anyway"
Sempena hari raya ini,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA!


No comments:
Post a Comment