Hari Sabtu yang
lepas, 7 & 8 September is my FIRST TIME involve dalam big gathering Family
Day. Seumur hidup I, I tak pernah involve or join Family Day dengan my cousins
ke, dengan makcik pakcik I ke, baik dari belah mak I, or belah bapak I. Sekadar
terjumpa beramai-ramai masa kenduri or masa hari raya je. So minggu lepas, 1st
time I dapat join semua tu sebab Family Day Esah + Leman which is from my mak
mertua punya side. And it was AWESOMEEEE!!
Kalau ikutkan perancangan, semua akan bergerak and konvoi Bersama
tapi sebab ada undangan kenduri belah ayah mertua pulek, so kitorang bergerak
asing dengan team konvoi tu, kitorang pergi kenduri dulu, and lepas kenduri and
hantar mempelai semua baru lah kami bergerak ke destinasi Family Day, dekat Chalet
D’Aslah rasanya, dekat Pengkalan Balak, Melaka.
The Wedding @ Seri Kembangan
** Its my 1st time jugak attend wedding macam ni. Selalu datang and terus makan je. tak macam ni. Dulu-dulu, bila kenduri and bila pengantin sampai, gigih akan duduk depan pelamin tengok pengantin. I guess ni pun konsep yang sama, cuma bila ada kerusi terus Nampak pelik. Mungkin it just me yang tak pernah tengok and tak biasa. Huhuhuhu. Peghak betul.
Masa kitorang sampai tu, dah petang. Kalau tak salah I dalam
pukul 4 macam tu. So decide lepas asar jelah baru turun pantai. Sebab Chalet ni
betul-betul tepi pantai. And kalau tak silap I jugak, one whole chalet tu memang
takde orang lain melainkan family Esah Leman je. Bayangkan berapa banyak kereta
and berapa banyak orang. Adalah dalam 20 kereta jugak tak salah I.
Masa main Bola Tampar
Ni masa main bola sepak pulak kot? Ehhh sama je. (-_-)
Barisan penyelaras program yang AWESOME!
Dan ni Encik Mokmok Hati Ku Ini. HAHAHAHAHA.
Aktiviti petang tu ringan-ringan je. Sekadar main bola sepak
and bola tampar pantai. Actually kalau ikutkan masa konvoi tu, ada lah buat
treasure hunt, tapi sebab kami tak ikut konvoi tu, so tak dapat lah tgk jenis treasure
hunt tu macam mana.
Ni lah mermaid mengandung tersebut. Tapi setelah di adjust , dia dah tak mengandung dah. HAHAHAHA.
Ni Gamba I share kat IG Story. I rasa, dekat belah family In Law I, I lah yang paling besar macam monster. LoL.
Sementara yang lain ni main bola tampar and bola sepak, I,
Kak Sarah, and Ija buat projek buat Duyung Pasir! Kak Ainul lari-lari kejap
main bola kejap buat duyung . HAHA! Multi tasking betul. Mula-mula just layan
Qisya main istana pasir je, lepas2 tu “eh jom buat pregnant mermaid lah!” lepas2
buat punya buat punya buat punya buat, dengan hasi tangan seni Kak Sarah and Ija,
jadi chuols Duyung Pasir tu! Siap dengan rambut mengerbang-ngerbang ala-ala
Ratu Starbucks lagi. Anddddddd jadi perhatian pelancong weyh! Kahkah!
Dan petang kami terisi begitu sampai tak sedar dah nak masuk
Maghrib (-_________-‘’)
Dan Maghrib pulak Jemaah berimamkan Ayah Mertua I. So lepas
solat Maghrib, Isyak adalah buat baca Yassin and tahlil sikit.
Masa ayah mertua I bagi tazkirah ni, I cannot tahan nak tergelak sebab I tak boleh lari dari imej pengetua bagi ucapan Setiap pagi Isnin waktu perhimpunan atau pun setiap Pagi Jumaat lepas baca Yassin. Oh Cikgu! (^_^)
Dan selepas menunaikan tanggungjawab rohani dan hakiki, apa
lagi, masa untuk berjimba la cucuk langit! Kahkahkahkah! Okey gurau. Tak cucuk
langit, tak. Tapi malam tu ada pulak sesi karaoke and sesi bagi hadiah untuk
pemenang-pemenang untuk aktiviti petang tadi, and untuk tukar-tukar hadiah antara
bilik. Bilik ni bagi hadiah kat bilik tu, bilik tu bagi hadiah kat bilik ni. Ha
gitulah. Sambal-sambil karok lagu Ziana
Zain, lagu Awie, dan lagu tangkap leleh dan mencucuk langit yang lain. Happening
betul!
Tapiiii selepas seketika, kami yang muda-mudi ni buat keputusan
masuk bilik dan main snap & UNO. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. And I sedar-sedar I Balik
bilik nak salin baju and terlelap terus tak sedar apa. Sedar-sedar kaki lenguh
pinggang sakit je. LOL.
The next morning start dengan ZUMBA!
Kemaen PIL berjoget. Sporting-sporting jugak belah Esah and
Leman ni. Diorang taram je semua. Lepas Zumba tu breakfast and sambung pulak
main sukaneka sampai tengah hari. Ha masa main sukaneka ni, untuk semua lapisan
umur. I dengan Amat pulak masuk game ikat kaki tu and lari. Tapi maybe sebab I
dengan Amat kuat sangat tengah lari tu kain yang ikat kaki kitorang tu rabak! Koyak
terus! Mungkin setiap langkah tu umpama langkah silat yang dibuka dengan tendangan
yang sangat padu. HOHOHOHO. Mungkin?
Khusyuk memaseng dengar Arahan . LoL
F A M I L Y
Antara game yang I rasa sumpah kelakar bila semua orang kena
tiup belon, and semua orang kena involve dengan cuba pecahkan belon orang lain.
Kemaen memaseng lari menyelamatkan diri. Sampai ke pantai ada, naik tebing ada,
yang guna anak sebagai defend ada, kelakar gila. Sampai budak pun menjadi mangsa
kena kejar sebab nak pecahkan belon. Hahahahahahha.
Ija and Amat pun ada menang jugak game dukung sambil lari. Kena
pusing 3 pusingan. Ada 1 game tu, macam game Running Man yang kena picit hidung,
then tangan satu pegang tanah, pusing 5 kali pas2 lari, kelakar gila weyh bila
tengok depan-depan! Siap ada yang lari sampai termasuk laut sebab tak balance. Hahahahahahahahahaha!
Sakit perut weyh gelak.
Masa ni bebudak main game lari ulang-alik amik gula-gula. Siapa paling banyak dapat gula-gula, menang!
Eh sesat gamba dengan Duyung Pasir. (@_@)
And lepas game tu terus buat penyampaian hadiah lagi sekali,
buat sesi bergambar and IT’S A WRAPPPPPPPPPP….!!!!
Secara umumnya, I rasa best gila and will be seronok kalau sedara mara belah I boleh buat benda
yang sama jugak. And paling I respect lah dengan penganjur ni, diorang pandai
control crowd okey, smooth je semua benda. Semua orang bagi kerja sama and
seronok. Semua orang seronok. And yang paling penting, walaupun I ni bukan lah
sesiapa and jarang sangat tunjuk muka, I tak rasa left out pun. Boleh je buat
lawak and gelak sama-sama. Kuddoss dekat Team Esah Leman Family Day!
Baju Esah Leman Design By : By Sarah Syafiqa
Pictures Credit to : Sarah Syafiqa
P/s : Tak Sabar nak pergi JB pulak untuk adik Konvo sekali harung dengan Family Trip Jenjalan Johor hujung bulan ni!





















No comments:
Post a Comment