Last week was my little brother Khatam
Al quran ceremony which i rasa everything was in place, walaupun seketika Amin
keluar dah suara serak-serak basah dia bila dia kena baca 3 surah sekaligus, sampai
kena bebel dengan Opah Midah sebab dia tak datang mengaji 3 hari berturut-turut
sebelum majlis Khatam. LoL.
Khatam quran is a day where we as
muslim, lebih kepada adat orang melayu? I wont say it as adat sebab I tak rasa
benda ni adat. For me, Majlis Khatam Quran ni as a tanda kesyukuran, like “Finally
I finished my Quran and I know mengaji!”. I selalu tertanya-tanya, dalam dunia
ni ada banyak mazhab yang berbeza. Even dekat India and Indonesia , its okay for
you to get married dengan orang yang berlainan agama, tengok Shah Rukh Khan tu,
sebab mazhab mereka kata okay, tapi Malaysia tak boleh, sebab kita ikut mazhab
yang berbeza, then I asked one of my friend, macam mana perhitungan kita di
akhirat nanti kalau mazhab yang kita ikut itu berbeza? Apa yang kita buat and
practice basically ikut mazhab. Then my friend say “After all, its all back to
basic – Quran dan hadis, tak kisah lah apa mazhab pun yang kau pakai.” Then I never
query more.
Okey berbalik kepada cerita.
The day went well. Mak I macam
biasa lah, bila tanya mak ajak siapa? “Kita-kita je” and finally 1 kampung
Pengkalan Baru datang meraikan my hero, Amin khatam Quran. It was started
around 10.30am, Amin start baca surah Dhuha and then selang seli setiap 3-4
surah dengan Syukri (cucu Opah Midah) dengan Angah (Abang yang sekali membesar
dengan Amin n erin – anak pengasuh Amin) . Oh My Boy dah besar, Amin yang
cengeng tetiba dah khatam Quran. Mak I di saat para opah and tetamu dekat depan
Bersama-sama mengaji mak boleh masuk bilik kami n sebak – “Mak tak sangka Amin
boleh Khatam Quran..” uhuk uhuk! Emosi gila mak I. mungkin emosi sebab hey our
baby rasanya macm dah besar je. Khatam Quran je kot! Belum Amin kawen lagi. Eh?
Amin - Angah - Syukri
Aqil setia teman Pak Usu Amin
Berdebar je dia, guess what , bila suruh Aqil baca surah yang mudah pun, dia malu. (T_T)
Woi Ibu Tepi Sketttt !
Tetiba I teringat masa I khatam dulu. 17 tahun lepas, buat dekat masjid and 3 kampong semua dating dari Batu 5 sampai lah ke Tekah Baru. I miss the Old Days.
Whatever it is, tak guna kalau sekadar Khatam Quran tapi tak praktikan ajaran Al Quran tu sendiri. I selalu pujuk diri I untuk sentiasa jadi Muslim yang sebetul-betulnya muslim. Banyak gilaa khilaf diri ini yang I sendiri masih struggle nak betulkan and balik ke jalan Islam yang sebenarnya.
and I sendiri tahu, dunia ni dah akhir zaman sangat dah. memang dah sipi-sipi sangat dah. Cukup ke sekadar Khatam Al-Quran menjadi bekalan untuk menempuh perjalanan selepas ni?





No comments:
Post a Comment