Search This Blog

. Celebrating Adik & Mini Family Trip

Last month, my family and I went for a short trip to JB, to attend my younger sister’s convocation Day at UTM. Since we never had a proper-outside from Rumah Mak (LoL) Family Day, we decided to make it as a mini Family Day Trip. Wooohhhoooooo~~! (Bebi tak ikut sebab Bebi dekat Arab membanting tulang mencari rezeki)

Mak ( 52 tahun) and ayah (68 tahun) TAK PERNAH naik kapal terbang seumur hidup mereka, jadi dengan baik hatinya my sister Bebi and Adik belanja mak ayah (And half my ticket) untuk beli tiket flight dari KL-JB. Walaupun flight 45mnit je, tak boleh lupa riak wajah mak ayah yang gembira dan bersyukur bila anak-anak belanja naik kapal terbang. Siap membawang dengan orang kampung okey, “Si bebi dengan Nida belanja tiket kapal terbang nak pergi tengok Nida Konvo…” ;’) , Oh Mak Ayah. Comel.





@ KLIA 2

Tapi percutian itu mcm singkat gila dah tidak terasa! Macam xsempat nak bercuti beria pun sebab Kak Nyah I kena balik Awal Sebab Isnin sekolah (Kak Nyah I Cikgu), and Yong pun ada hal, so masa untuk diluangkan Bersama semua orang pun sangat singkat, and sebab tetiba konvo Adik tetiba hari Sabtu instead of Ahad. Ingatkan hari Ahad, so Sabtu tu ada whole day nak g jalan2, And ahad tu adik konvo-lunch-lepak sikit and boleh terus balik dah. TAPIIIII, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.
Kitorang sampai JB hari Jumaat dalm pukul  11 pagi and terus lunch dekat ZZ Sup Tulang. Masa ni Kak Nyah tak sampai lagi, so memang I dengan Mak Ayah, Adik Nida, n Yong and family. Kak Nyah estimate sampai lepas asar gitu sebab tunggu sekolah habis and lepas Jumaat, So memang plan tu start lepas Asar, lepas semua orang sampai baru keluar jalan-jalan.

@ ZZ Sup Tulang 


While waiting for homestay to be ready for check in, and waiting for Kak Nyah,
we were having Pre-Convo shoot for Adik

BUT AGAIN, Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan, JB Hujan Lebat! Memang duk hotel je sebab nak g jalan-jalan pun hujan lebat, malam yang plan nak makan sedap pun CANCEL sbb hujan lebat, so kitorang decide makan je apa yang ada dekat homestay. The good thing about having 2 chefs dalam family (Mak and Abg Nyah) is mereka sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, and Abg Nyah memang ada bawak Ayam Masak Merah! HAHAHAHAHAHAAHAHA. Okey, so itu lah dinner kami sampai 3 round makan tak benti sebab sedap sesangat. Dan hiburan kami pada malam itu ialah anak-anak!


* Erin tengah bagi Pidato. LOL (Ni je gamba yang ada *Sigh*)


Gaiiisssss, ada anak-anak kecik dalam family yang dalam fasa membesar adalah menyeronokkan bilamana semua benda yang diorang buat tu Nampak comel! (Except bila diorang bergaduh tak memasal) , and we all dihiburkan dengan Tarian Baby Shark, Amin punya bercerita, Pidato Erin, and lawak sengal Abg Nyah yang tak habis-habis. “Yang berhormat, mintak bersabar yang berhormat…” LOL!
And the next thing we know is esok adik Konvo and semua Orang tidur.


CONVOCATION DAY 

Next Day , I ikut adik masuk hall. Mak ayah tak masuk sebab kesian, mak tak boleh duduk setempat lama-lama due to her slip disc and ayah memang tak betah duduk lama-lama, maklumlah dah tua, so I went in with Erin. And ya, tetiba sambil tengok “Har Dil Jo Pyar Karega” kat hp tetiba dah habis dan istiadat Konvokesyen. Cepat betul masa berlalu. Lalalalala.


TAHNIAH DEKKKKKKKK





Kalau ikut itinerary, Lepas adik konvo, lunch n solat semua, nak pergi pusing hutan bandar JB, so yeah – suka kalau aktiviti outdoor sebab ada anak kecik, and Hutan Bandar JB pun memang tak pernah pergi, so yeah! Marilah kita ke Hutan Bandar JB!


@ Hutan Bandar JB

TAPIIIIIIIIIIII, Kita hanya mampu merancang dan Allah is the best planner after all,  dalam 5minit lepas sampai Hutan Bandar and tangkap gamba, guess what? Hujan lebat lagi weyhhhhhhh!!! Sis Redha dan dalam kami semua redha atas apa yang berlaku, kami pergi ke Paradigm Mall jelahhhhhhh (T_____T) . Datang jauh-jauh tapi masuk Paradigm Mall JB. Mcm lah kat PJ takdok Paradigm Mall. So we had our tea time makan cendol makan rojak dekat food court and sambil tunggu dinner dekat Senibong, anak-anak main dekat playground yang ada belon-belon tu.
We had our dinner at Senibong and we ate a loooottttt of seafood. Special dinner meraikan adik punya susah payah setahun setengah demi segulung Master. And I cant believe with myself yang terlupa nak tangkap gamba all the dishes we had that night. Bwrgh. But we did take a picture before we leave.


@ Nonies Senibong Seafood

The next day, ikut plan asal nak makan mee rebus kacang Pool, tapi semua orang bangun lambat. HAHAHAHAHAHAHAHAHAH marah diri sendiri. So Makan roti canai aje lah, di samping maggi dan nasi goreng yang mak masak. Yeah, kami masak di homestay. Sape suruh bangun lambat oi! (Menyalahkan seafood yang mengenyangkan dan menyenakkan perut) . We decided to check out at noon and went to Kuso Trick Art Gallery . (Okey, kita pergi Indoor untuk elakkan plan cancel lagi sebab hujan okey?)




Anak-anak happy gila dekat sini. Semua orang happy dengan 3D, tapi sayang betul sebab tak lama lagi if im not mistaken sampai bulan 8 je Kubo Art gallery ni ada. Sedih je owner dia gtau , sebab dia kata orang tak seronok dah nak layan gamba 3D sbb skrg kan ada VR. And tak ramai orang dah menghargai 3D. macam sedih je dia.


* Sambil dengar penjelasan dari owner Kuso macam mana na tangkap gambar bagi Nampak effect 3D tuh. 

Tak lama sangat dekat Kuso sebab tempat dia pun agak kecik, and plus, (personal opinion) penat weyh nak tangkap gamba lama-lama! Or it just me?


Bye Bye Kuso, Till we meet again. :(


Menjelang penghabisan, kitorg lunch berdekatan situ je, and Kak Nyah had to leave earlier to avoid traffic jammed JB-Seremban , and yong pun nak gerak awal. And yes , our mini Family trip ends here lepas makan tengah hari. LoL. And guess what? Petang tu tak hujn punnnnnnnnnn!!! Ciss. Takpelah.
After all, walaupun banyak tempat tak dapat pergi, tak kena masa, (Murtabak Cheese pun tak dapat rasa) , kami tetap happy. Setiap hari yang diluangkan Bersama Family ialah Family Day, jadi yang ini pun tidak terkecuali,Cuma yang extra specialnya , kami di Johor untuk sama-sama meraikan Adik Nida, happy sama-sama dan berhujan panas bersama-sama.


Its about the bonding time with your loved ones and making memories instead of just named it with any title of the holiday.

Dear Family, I love you.
Tahun depan kita pergi jauh sikit eh?


No comments:

Post a Comment

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com