Search This Blog

.Korea Autumn 2016 . Part 1

Assalamualaikum & Hye Chuols! 

Alhamdulillah, sampai ke hari ni masih terasa-rasa sedapnya Ikan Bakar kat “Halal Restaurant , Itaewon.” Masih terbau-bau sedapnya Ayam kat  Restoran Asian Cuisine kat Nami Island. Nyum Nyum. Okey sumpah sedap. And yes, My Husband and I dah selamat pergi and balik ke Bumi Oppa, Seoul , Korea. Hehehe!

Actually, trip kali ni adalah merangkumi cuti-cuti sempena anniversary and birthday kite yang ke 26 Tahun. Plan asal nak pergi musim sejuk sebab kekonon nak rasa salji, tapi non hado . Tiket mahal sangat. Tapi sebab nak pergi jugak, kitorang decide pergi masa Autumn hujung-hujung. Kesejukan masih terasa. Rindunya!

Kitorg pergi 5H4M, tapi tak terasa sangat 5 Hari tu sebab hari pertama and hari last tu habis masa atas flight je. *sad* . So memang ada masa 3 hari je untuk jalan-jalan pusing Korea. Tenok iterinary macam cukup je masa. Tapi kami lupa yang ni 1st time kami nak Backpackers , so memang terkejar la ke sana kemari, episode bertekak lagi, episode tak puas hati lagi, episode sesat lagi. Dan akhirnya? Akhirnya-rasa kena repeat lagi. Haha!

DAY 2 – NAMI ISLAND , PETITE FRANCE & MYEONGDONG STREET

We arrived at Korea and finally check in and etc quite late . So lepas check in, terus siap2 and rehat jap untuk pusing-pusing street je. Sebab tak laraaaat sangat nak pergi ke mana-mana. Makan pun beli Banana Milk kat 7e and biskut je. Jenuh pusing cari kedai makanan halal tapi macam tak yakin langsung. And 2nd Day terus pergi Nami Island sebab 2nd day hari jumaat, and kitorg avoid untuk pergi masa hari Sabtu and Ahad sebab tahu dan confirm mesti Nami Island akan pack gila dengan orang. So kitorang pergi awal pagi  naik ITX. Tiket ITX dah beli siap-siap dari Malaysia. Pukul 8lebih kot dah sampai Gapyeong.

Untuk nak ke Nami Island, ada banyak cara. Boleh naik bas ke Jeti lepas tu naik Feri, boleh naik Flying Fox and boleh berenang kalau mampu. Kahkah! – itu yang pemandu pelancong dalam bas tu brief kat kitorang .

We go by Ferry. Naik bas dari Gapyeong station tu. Naik bas yang 1day shuttle bas – 6,000Won sorang, and bas tu akan bawak – ada la journey dia. Nami Island – Motor apa ntah – and ada la beberapa persinggahan. Kitorang naik bas tu pun tersilap sebenarnya. Sebab ingat bas tu bas biasa sebab tambang bas biasa ke Jeti tu dalam 2,000KRW je rasanya. Tapi sebab tersilap naik bas , kitorang hadap je lah. But it was good! Sebab sepanjang kat Korea sana, tak merasa pun naik bas dia. So dekat sini merasa jugak lah naik bas tuh. ^_^”

Lepas sampai Jeti , kitorg beli tiket untuk pergi ke Nami Island dengan harga 8,000KRW sorang. N nasib kitorg baik masa tu sebab kitorg yang LASSSST SEKALI naik feri untuk batch pukul 9 tu. Kalau tak, kitorg kena tunggu untuk another batch pulak. Awal lagi masa tu, dalam pukul 9 kot. So sangatttt sejuk even untuk autumn pun. 2° okeyyy. Menggeletar.

NAMI ISLAND – sangat sangat cantik. Seriously TERberangan yang diri sendiri adalah secantik Heroin Autumn In My Heart sedangkan realitinya nan hadoooo. Untuk yang memang set kan dalam kepala pergi bercuti ke sini sebab nak tengok tempat orang, sebab nak tengok view Autumn, sebab nak rasa angin sejuk, seriously kitorg rasa semua tu. Everything was sooo mesmerizing and amazed us. The leaves is not a normal yellowish colour as we always see in Malaysia, the culture of the citizens, and also the breath we were taking was so fresh. And believe it or not, paling banyak gambar dalam kamera & hp is gambar masa dekat Nami Island.





Lunch kami makan dekat Asian Cuisine , a restaurant inside Nami Island itself. InsyaAllah, Halal dan kitorg pun dengan riang gembiranya makan nasi lauk ayam sebab the previous day was a sad day because we only had our dinner dekat  7E. T_T . So Alhamduillah, kenyang masa dekat Nami and jangan risau, kat sini jugak ada surau untuk solat. NO WORRIES!



Dalam 3 jam jugak kitorang jalan-jalan dalam Nami Island. Mula-mula kitorang macam “Ah, tak payah lah g Petite France. Orang kata bazir duit bazir masa je pergi sebab macam Kota Tinggi je,” Tapi, lepas memikirkan – Ala, ni bukan Kota Tinggi, Ni Petite France . Ala, kan dah bayar shuttle bus untuk sepanjang hari. Ala, bukannya selalu pergi Korea, - and we decide to go to Petite France as well. So kami pun berkedek-kedeklah pergi tunggu bas balik tempat bas tu turunkan kitorang mula-mula tadi and ready untuk pergi ke Petite France pulak. Yeay!



PETITE FRANCE ni kecik je , tak la besar mana. Tak sampai sejam pun korang boleh pusing dalam tu. Tiket masuk – 8,000 KRW . Selepas Korea bebas dari penjajahan jepun, salah satu cara Korea membangunkan balik Korea ialah dengan cara – Membudayakan KPOP . Membudayakan Oppaa~~ yang kacak-kacak dan Unni~~~yang lawa, sweet dan comel. Sebab mereka percaya, dengan membudayakan KPOP ke seluruh dunia, segala umat manusia akan tertarik untuk melancong ke Korea dan barulah akan ada penjanaan ekonomi untuk diorang – That is what I am doing. $_$ .



Kalau Nami Island ni menjadi tarikan sebab Winter Sonata , Petite France pulak menjadi tarikan sebab banyak cerita ada shoot kat sini. My Love from The Star , Secret Garden, and even Running Man pun pernah shoot kat sini. So, yang kaki korea macam I ni, haruslah tak nak lepaskan peluang nak pergi ke tempat macam ni so later I boleh brag “HEYYY I PERNAH PERGI SINI HOKEYYYYY…” be like. KAhkah! Okey Gurau je, T___________T



So pusing-pusing dalam Petite France, tangkap-tangkap gambar, dengar orang main muzik – yang kepit kepit kat tangan macam Raj main dalam cerita Sangam tu (I tak tahu nama dia apa) , tup tup eh dah setel pusing 1 Petite France. So kitorg pun bernonong turun bukit-singgah 7E, dan tunggu bas nak balik ke Gapyeong Station before heading to Seoul. Selepas berdiskusi, we decided to have dinner at Yooganae – Nasi Goreng Seafood yang memang orang Malaysia cari kalau datang Korea which is dekat MYEONGDONG !

APPS yang banyak membantu sepanjang kitorg kat Korea is Subway Korea . It was really helpful apps, it shows the next train time, ETA , stop & change station, line yang kita kena ikut, exit kiri ke kanan ke, semua ada. But, kita kena tahu la the nearest stop at our destination tu apa. Macam Myeongdong, memang ada station Myeongdong. So dari Gapyeong – Myeongdong , APPS tu akan state la yang kita kena naik kat Gapyeong – Tukar kat Cheongyangni – Tukar lagi dekat Dongdaemun - baru turun kat Myeongdong . Rasanya tu lah route hari tu. (^_^”) sekali dengan total fares 1,250KRW dia akan state dlm apps tu. Haaa membantu tak? P Download sekarang siapa nak g Korea.

Lepas sampai Myeongdong, perkara pertama yang I Nampak is BANANA CREPE! Terus terbayang-bayang dia punya Nutella Choclate tu melt in the mouth dengan pisang yang sampai melejeh2 air liur. Terus grab 1 – 2,000 KRW. Amat pulak, dari the moment dia sampai, tak tahu kenapa dia sukaaa gila dengan Fishcake Korea tu. Maybe sbb cuaca sejuk, makan pulak Fishcake panas-panas, memang heaven. Dia bedal 2 cucuk sekali – 2,000 KRW jugak. Baru kitorg meneruskan perjalanan cari Restoran Yooganae tuh. Berpusing weyh, seriously berpusing. Sampai tak jumpa. Sepanjang perjalan cari kedai tu, sebab dah lapar Amat beli Kebab yang Halal yang memang dah study-google-research-buku untuk menghilangkan kelaparan . Me? Masa tu dah tawakal jelah. Kalau tak jumpa, dinner dekat 7E jelah , or bancuh la Milo yang memang kitorang bawak dari Malaysia tuh.

One point, I giveup. Its sokayyyy. Kita makan jelah Milo cicah biskut malam ni. Masa OTW nak balik tuuuuuuu tetiba terpampangg besau nau kedai diaaa. BARU lah perasan kedai tuh. Walaupun perut macam dah sebu, Amat pun macam dah kenyang lepas bedal Kebab, tapi memikirkan kedai ni dalam checklist –Kedai Halal Yang Wajib Pergi, menapak jugak lah masuk.

And, guess what? Totally gratefull sebab masuk. Makan Nasi Goreng Seafood panas-panas, walaupun tak sesedap Nasi Goreng Kampung belakang rumah casuarina, but we learn – Ohhh this is how the make their nasi Goreng – Ahhhh this is how it taste – and ehhhhh they eat with pickles also ah? (-_-“) . At the end of the day, we pay 11,000 KRW for the dinner (Portion for 2) . tu pun tak habis sebab dah kenyang walaupun rasa dia sedap tapi perut dah penuh. Bwwwrgh.



Myeongdong dengan Guesthouse yang tempat kitorg stay tu tak lah jauh mana, kalau naik Subway tu, masuk 1minit je dah sampai dah station yang paling dekat dengan Guesthouse kitorang. So kitorg decide nak jalan kaki je. TAPI KAMI SILAP. Kalau jalan kaki, jauhhhhhh gila. Sebab kena menyeberang 3 jalan besar, and jalan kaki lagi dan jalan lagi dan jalan lagi. Sampai lagi 200m nak sampai Guesthouse kaki I terpeleot , seriously terpeleot dan sakit .

TAPI, hidup perlu diteruskan. Redah jelah sampai Guesthouse, salin baju, cuci muka, tepek minyak panas dan tidur. Penat and enjoy jugak 1st day. Maklumlah, pengalaman 1st time backpackers dengan suami. 2nd day lagi thrill. Kita share next entry okey?

Bye! 

P/s : Our journey 1st Day dekat Korea boleh tengok jugak dekat Sini !





No comments:

Post a Comment

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com