Search This Blog

. Korea Autumn 2016 - Part 3

KOREA DAY 3 – THE PALACES .
Sebagaimana yang kita sudah sedia maklum, banyak cerita-cerita korea lama yang menyentuh hati dan sanubari. Jang Ok Jung, Scarlett Heart, The Moon Embraces the Sun, and banyaaaakkkk lagi.
Memandangkan kita ni kaki layan drama korea, so kita memang cakap kat Amat yang I nak spent 1 whole day pergi tengok palace je. Seriously, ada 5 palace yang kitorang nak pergi tu, semuanya walking distance yang sakitlah jugak kaki tu kalau menapak satu satu. Ada yang kena naik subway, turun kat satu station lepas tu jalan lagi. Tapi kita tak ingat yang mana. *sigh* (T_T)
Macam biasa, istana pertama yang kitorg pergi is Gyeongbokgung. Rasanya tiket masuk 3,000 KRW sorang, im not sure because my husband and I we go for a package ticket ; Gyeongbokgung Palace, Changdeukgung Palace, Huwon secret Garden, Changgyeonggung Palce, Deoksugung Palace dengan Goryo Shrine kot nama dia dengan hanya 10,000 KRW . TAPI, satu pembaziran sebab lepas istana ke 3 kitorg dah penat. Dah habis separuh hari dan hari pun dah petang. Tiket yang ada tapi tak pergi. Membazir gila ! tapi tak membazir sebab tiket tu valid untuk 3 bulan. Kalau untuk korang yang ada masa extra kat Korea, keesokan harinya pun korang boleh pergi lagi istana-istana ni.
Setiap pukul 9, pukul 11 and ada la waktu-waktu dia ada upacara changing guard. Kitorg sempat la tengok sipi-sipi upacara tu masa pukul 11. Tapi macam terkejar-kejar sebab nak pergi istana lain pulak.
Masa dekat Gyeongbokgung, kalau korang jalan pusing dalam kawasan istana, akan tembus dekat Korea National Folk Museum. Akan macam ada gate lah, tiket masuk – tak sure sebab tak masuk. *sigh lagi sekali* , sebab kekonon sepanjang hari nak tengok istana je.




Dekat semua istana, you can see that all the architectural value is the same. The colours, design, concept etc. and most of the building itself are not the actual building. Almost all of them is a re-build structure on its actual base – because most palaces are be destructed by Japanese during Japanese Colonization. – same macam Malaysia kan?

I mati-mati ingat Korea tak pernah dijajah. Rupanya Korea pun pernah dijajah Jepun. Terus I google sejarah Korea lepas balik Malaysia . Gigih. Kahkah!
If im not mistaken, dekat Changdokgung Palace ada 1 tempat dalam istana tu sendiri nama dia Huwon Secret Garden. Untuk masuk dalam Garden ni korang kena beli tiket lain, and ada masa-masa dia untuk masuk ke dalam. And sekali masuk, limit 100 orang je. Cotoh : untuk sesi explaination dalam bahasa Korea , pukul 10.00 , kalau limit 100 orang dah sampai masa sesi tu, korang dah xboleh join dah. Nak masuk sendiri? TAK BOLEH . Masa kitorg nak masuk tu, sesi untuk Bahasa Inggeris pukul 11, dah cukup kuota. Next pukul 3 pulak. Memang tak laaaa nak menunggu pukul 3 sebab pukul 3 kalau kat korea dah asar dah, hari pun macam nak petang dah, kitorg dah la jauh lagi perjalanan ni, so kitorg tak lah masuk walaupun hati ni nakkkk sangat masuk . Nampak sangat kena repeat lagi . Eh? Haha!

Kami giveup untuk habiskan journey melawat semua palace yang ada sebab perut dah berkeroncong. Decide nak makan dekat Sinchon so gigih tau menggugel macam mana nak pergi kedai makan tu. Sesat dan di sini episode backpackers sangat-sangat spoil sebab bila dah penat sangat, sesat pulak tu kat tempat orang, jiwa serabut dan semak. (T______T) . pengajarannya : kalau backpackers, komunikasi dan menerima pendapat partner kita tu adalah sangat sangat penting. Tak boleh ikut kepala sendiri je.


*Street Perfomance masa nak cari kedai makan.

CUT SHORT – selepas jauh berjalan, sampai jugak kedai makan. Dah lepas makan semua kekonon macam nak terus jalan-jalan cari souvenir nak bawak balik Malaysia, tapi kaki dah tak mampu berpijak atas bumi yang nyata. So decide balik guesthouse dulu, rehat and malam baru keluar. Nasib baik dari Sinchon ke guesthouse kitorg tu tak payah tukar train. Senang.
Tapi nasib tak baik sebab malam tu, lepas kitorang keluar untuk buy some souvenir dekat Namdaemun, banyak kedai yang dah tutup. Padahal baru 730pm. Rupanya kalau hari Ahad – pukul 8 diorang dah tutup kedai . What Tha Fish (T__T) .

So rembat jelah ape yang ada. Kalau ikutkan jiwa raga nak pergi Shopping kat LOTTE World, nak pergi Dongdaemun, Insadong, tapi……. TAK SEMPAT. HUHUHUHUHUHUHU! *Menangis bucu katil*. Tak sampai sejam pun lepas tu balik guesthouse. Dinner pun beli kaya ball dgn fishcake je. Makan dekat Sinchon pun still kenyang sebab kitorang pulun 2 mangkuk nasik. Kahkah! Banyak gila makan.
Makan dekat Korea semua sedap-sedap. Walaupun seafood je yang kitorg makan okey sumpah sedap gila. Sotong sambal dia, walaupun pedas tapi pedas yang buat rasa nak makan nak makan lagi. Makan streetfood dia – sotong goreng okey sedap jugak. Makan fishcake Amat kata paling sedap dekat Myeongdong. MAKANAN WAJIB CUBA – KIMCHI! Tapi I xcuba sebab I xmakan sayur. Plus, sayur dekat cabai pulak tu. Memang tak la nak makan. I cuba, tapi I boleh terima. Maybe sbb I memang tak makan sayur so tu yang tak boleh terima. Ada 1 kedai tu dia hidangkan sekali dried seaweed dengan ikan bilis kecik-kecik , tumis bodoh je tapi sumpah sedap. Seriously. Sampai sekarang kalau teringat-ingat mula lah meleleh lagi air liur ni. *telan balik* .
Hari ke 5 – breakfast kat 7E and terus shoot Airport sebab flight pagi. Sadis gila journey 5hari tapi 3 hari je ada masa nak jalan-jalan. Sebenarnya cukup, tapi sebab ni 1st time kami pergi secara backpacker, sendiri-sendiri pulak tu, so tak cukup sebab masa banyak habis dengan cari eh mana subway eh mana line 2 , 3, eh nak ikut kiri ke kanan, eh nak pergi mana ni, eh bukak balik iterinary eh bukak balik maps and eh, tak payah touch la dekat sini – pintu gate subway tak terbukak. Huuuu~~
But after all, semua tu memori. The unforgettable one. The 1st time backpackers trip. Touchdown je Malaysia terus Amat cakap – Kena repeat lagi. Tak puas.
I pun apa lagi, terus google route kalau nak pergi Busan-Jeju-Seoul. InsyaAllah next trip kami pergi semua yang tak sempat pergi tu.
Till then, Bye!

0

.Korea Part 2

DAY 3 – NAMSAN HANOK VILLAGE, NAMSAN TOWER & ITAEWON

Kekenyangan Nasi Goreng Seafood Udang dan Sotong masih terasa. Terseliuh hari 2nd day sebelum masuk bilik masih lagi berdenyut-denyut. 3rd day kita buat apa? Kita Jalan Lagi! Kali ni kita nak pergi Namsan Hanok Village, lepastu kita pergi Namsan Tower and lepas tu dinner kat Itaewon!

Gigih tau, walaupun kaki masih sakit, jalan jugak pergi ke Namsan hanok Village. Kenapa Namsan Hanok Village? Sebab masa tu tak study lebih so tak familiar dengan Hanok Village lagi 1. Bunchon kot nama dia? Tak pasti.

Dalam sakit-sakit kaki tu, gigih jugak berjalan kaki dari Guesthouse terus ke Namsan Hanok Village tu. Adalah dalam 20minit kot? Kekonon nak buat morning walk, bagi warm up. Bagi panas badan sebab cuaca sejuk. Masa tu dlm 6° jugak if im not mistaken.
The entrance fee for Namsan Hanok Village is – FREE! Yes, its free. So you guys can come in and enjoy the lifestyle, and learn about the early life culture-I think during Joseon Dynasty. Old Korean Houses, rumah carpenter la, rumah Si Tukang Jahit la, and ada pentas besar dekat tengah-tengah.



Boleh jugak kalau korang nak sewa hanbok masa nak jalan-jalan dalam ni tapi I tak sewa. Sebab? Sebab I gemuk. Habis terkeluar ternampak semua aset2 I nanti and I tak selesa. Kahkah! Serious. I tak selesa.

Yang paling mencetuskan curiosity I, ada 1 Time Capsul dekat bahagian puncak Village ni. Nama dia je lah time capsul. Dekat Time capsul tu, ada signature dari beberapa orang penting dari a few country all around the world. And my husband and I , kitorg ntah macam mana boleh terfikir yang Ntah-Ntah Korea memang ada kependudukan / kehidupan bawah tanah in case anything happen in the future. Serious weyhh, terus terbayang ada any button dekat Blue House ke White House ke Pink House ke yang akan Switch on if anything happen to the country out of sudden and semua community akan ditempatkan bawah tanah tu. Cenggituuu…



But it just me and my husband punya stupid lame jokes je . #JanganlahSeriousSangat
Dari Namsan Hanok Village tu korang dah boleh Nampak Namsan Tower punya tower . Namsan tower yang menjadi tempat dating dalam kebanyakan Drama Korea yang kekonon eh Pak guard dah kunci Pintu and diorang terkunci dalam Cable Car. (-_-“) Ha tulah Next Destination kita .

NAMSAN TOWER ni, ada 2 cara korang boleh pergi – meniti tangga / naik cable car terus. And kitorang decide untuk naik Cable Car. And macam mana nak pergi ke tempat Cable Car ni dari Namsan Hanok Village tadi? – Bijak kawan-kawan,naik lah teksi ataupun bas. My Husband and I-we walked. Sebab? Sebab kami tak berapa bijak. Haha!

Satu tindakan yang tak berapa bijak , sebab JAUH! Well actually kami yang bijak pandai ni kekonon nak naik teksi, tapi lepas Tanya sorang ahjumma yang jual fishcake tepi jalan – 2,000KRW untuk Amat, dia kata boleh pergi arah sana, tak jauh pun. TAPI JAUH. Serious jauh kalau jalan kaki. Mungkin jugak berlakunya Misscommunication so kita tak faham . Gigih tau berjalan dari Village tadi ke subway station Chungmuro kot? Lepas tu macam eh rupanya dah silap jalan rupanya kitorg kena kearah sana. And again, kitorang jalan kaki balik JAUHHHHHH terus sampai ke Namsan Cable Car tu punya tempat. Serious, naik bukit, jalan kaki, panjat tangga. Kalau episode semalamnya jalan kaki sampai terseliuh, kali ni sampai nak tercabut lutut rasanya.



Naik cable car – 8,500 KRW untuk naik and turun. Lepas sampai je dekat Namsan Tower tu, macam biasa lah, lokasi kerusi senget tempat orang buat love sangat padat. Semorang nak tangkap gambar kat situ. Me is stress. Additional to stress – dengan bau fried ciken yang sumpah bau dia sedap gila. Kalau lemah sikittt je lagi iman ni, confirm I dengan Amat dah bedal dah Ciken tu. Wuuuuu~~~

Takde ape pun yang boleh buat kat sini sebenarnya. Sebab I dengan Amat pun bukanlah jiwang orangnya untuk manga nama kami kat pokok kat tangga semua , so kitorang tak buat. Just tangkap-tangkap gambar and tengok tempat orang – its enough for both of us .
Serius kagum dengan ahjumma-ahjumma yang dah beruban bongkok 2 pun gigih naik tangga untuk ke Namsan Tower. Kita yang muda-muda ni, tengok tangga pun dah give up nak panjat . lepas tu bile gemuk terus kecewa. – Me.



Turun pun naik cable car yang sama , tak payah bayar apa-apa . orang kata, belajar dari kesilapan. And jangan buat kesilapan yang sama. Kalau buat, tu bukan tak bijak dah, tu bodoh namanya. Untuk mengelakkan diri dari bertambah penat , untuk mengelakkan sesat dan more arguments, balik tu kitorang naik teksi je . hahahahahah! Tambang teksi untuk ke Subway Station – 3,000 KRW . and boleh bayar pakai T-money yang korang guna untuk subway .

ITAEWON is a location yang menjadi target dinner. And solat dekat Masjid Itaewon. Itaewon ialah tempat kat Korea yang memang menjadi tumpuan kita-kita yang muslim ni sebab? Sebab bersepah makanan halal. Seriously, bersepah. Kitorang minum petang (before Maghrib) dekat Itaewon and Makan Malam (Lepas maghrib) pun dekat Itaewon.
Gigih tau. Tempat menarik, takdelah sangat. Lepas makan dinner tu pusing-pusing tengok night view dia lepas tu balik dah ke guesthouse. Sebab view malam dia lebih kurang je dengan Myeongdong cumanya tak la semasyuk seenjoy Meyongdong. Kedai-kedai kosmetik, shopping, macam biasa, bersepah je.



Kekonon macam lepas Itaewon nak pergi Shopping kat Dongdaemun, tapi non hadooo. Badan dah penat, perut dah kenyang and kaki pun dah sakit sebab banyak sangat berjalan 2hari ni. Tak lalu dah nak pergi jalan-jalan ke mana. Last-last naik tren terus balik guesthouse.




p/s : Masa kat Itaewon, 2 restoran halal yang kitorang pergi are – MAKAN Restaurant and satu lagi SITI SARAH RESTAURANT . Highly recommended! Dapat makan ayam guring. Kalau ada Aryan anak Tomok tu mesti dia suka. Ahak! (^_~)
0

.Korea Autumn 2016 . Part 1

Assalamualaikum & Hye Chuols! 

Alhamdulillah, sampai ke hari ni masih terasa-rasa sedapnya Ikan Bakar kat “Halal Restaurant , Itaewon.” Masih terbau-bau sedapnya Ayam kat  Restoran Asian Cuisine kat Nami Island. Nyum Nyum. Okey sumpah sedap. And yes, My Husband and I dah selamat pergi and balik ke Bumi Oppa, Seoul , Korea. Hehehe!

Actually, trip kali ni adalah merangkumi cuti-cuti sempena anniversary and birthday kite yang ke 26 Tahun. Plan asal nak pergi musim sejuk sebab kekonon nak rasa salji, tapi non hado . Tiket mahal sangat. Tapi sebab nak pergi jugak, kitorang decide pergi masa Autumn hujung-hujung. Kesejukan masih terasa. Rindunya!

Kitorg pergi 5H4M, tapi tak terasa sangat 5 Hari tu sebab hari pertama and hari last tu habis masa atas flight je. *sad* . So memang ada masa 3 hari je untuk jalan-jalan pusing Korea. Tenok iterinary macam cukup je masa. Tapi kami lupa yang ni 1st time kami nak Backpackers , so memang terkejar la ke sana kemari, episode bertekak lagi, episode tak puas hati lagi, episode sesat lagi. Dan akhirnya? Akhirnya-rasa kena repeat lagi. Haha!

DAY 2 – NAMI ISLAND , PETITE FRANCE & MYEONGDONG STREET

We arrived at Korea and finally check in and etc quite late . So lepas check in, terus siap2 and rehat jap untuk pusing-pusing street je. Sebab tak laraaaat sangat nak pergi ke mana-mana. Makan pun beli Banana Milk kat 7e and biskut je. Jenuh pusing cari kedai makanan halal tapi macam tak yakin langsung. And 2nd Day terus pergi Nami Island sebab 2nd day hari jumaat, and kitorg avoid untuk pergi masa hari Sabtu and Ahad sebab tahu dan confirm mesti Nami Island akan pack gila dengan orang. So kitorang pergi awal pagi  naik ITX. Tiket ITX dah beli siap-siap dari Malaysia. Pukul 8lebih kot dah sampai Gapyeong.

Untuk nak ke Nami Island, ada banyak cara. Boleh naik bas ke Jeti lepas tu naik Feri, boleh naik Flying Fox and boleh berenang kalau mampu. Kahkah! – itu yang pemandu pelancong dalam bas tu brief kat kitorang .

We go by Ferry. Naik bas dari Gapyeong station tu. Naik bas yang 1day shuttle bas – 6,000Won sorang, and bas tu akan bawak – ada la journey dia. Nami Island – Motor apa ntah – and ada la beberapa persinggahan. Kitorang naik bas tu pun tersilap sebenarnya. Sebab ingat bas tu bas biasa sebab tambang bas biasa ke Jeti tu dalam 2,000KRW je rasanya. Tapi sebab tersilap naik bas , kitorang hadap je lah. But it was good! Sebab sepanjang kat Korea sana, tak merasa pun naik bas dia. So dekat sini merasa jugak lah naik bas tuh. ^_^”

Lepas sampai Jeti , kitorg beli tiket untuk pergi ke Nami Island dengan harga 8,000KRW sorang. N nasib kitorg baik masa tu sebab kitorg yang LASSSST SEKALI naik feri untuk batch pukul 9 tu. Kalau tak, kitorg kena tunggu untuk another batch pulak. Awal lagi masa tu, dalam pukul 9 kot. So sangatttt sejuk even untuk autumn pun. 2° okeyyy. Menggeletar.

NAMI ISLAND – sangat sangat cantik. Seriously TERberangan yang diri sendiri adalah secantik Heroin Autumn In My Heart sedangkan realitinya nan hadoooo. Untuk yang memang set kan dalam kepala pergi bercuti ke sini sebab nak tengok tempat orang, sebab nak tengok view Autumn, sebab nak rasa angin sejuk, seriously kitorg rasa semua tu. Everything was sooo mesmerizing and amazed us. The leaves is not a normal yellowish colour as we always see in Malaysia, the culture of the citizens, and also the breath we were taking was so fresh. And believe it or not, paling banyak gambar dalam kamera & hp is gambar masa dekat Nami Island.





Lunch kami makan dekat Asian Cuisine , a restaurant inside Nami Island itself. InsyaAllah, Halal dan kitorg pun dengan riang gembiranya makan nasi lauk ayam sebab the previous day was a sad day because we only had our dinner dekat  7E. T_T . So Alhamduillah, kenyang masa dekat Nami and jangan risau, kat sini jugak ada surau untuk solat. NO WORRIES!



Dalam 3 jam jugak kitorang jalan-jalan dalam Nami Island. Mula-mula kitorang macam “Ah, tak payah lah g Petite France. Orang kata bazir duit bazir masa je pergi sebab macam Kota Tinggi je,” Tapi, lepas memikirkan – Ala, ni bukan Kota Tinggi, Ni Petite France . Ala, kan dah bayar shuttle bus untuk sepanjang hari. Ala, bukannya selalu pergi Korea, - and we decide to go to Petite France as well. So kami pun berkedek-kedeklah pergi tunggu bas balik tempat bas tu turunkan kitorang mula-mula tadi and ready untuk pergi ke Petite France pulak. Yeay!



PETITE FRANCE ni kecik je , tak la besar mana. Tak sampai sejam pun korang boleh pusing dalam tu. Tiket masuk – 8,000 KRW . Selepas Korea bebas dari penjajahan jepun, salah satu cara Korea membangunkan balik Korea ialah dengan cara – Membudayakan KPOP . Membudayakan Oppaa~~ yang kacak-kacak dan Unni~~~yang lawa, sweet dan comel. Sebab mereka percaya, dengan membudayakan KPOP ke seluruh dunia, segala umat manusia akan tertarik untuk melancong ke Korea dan barulah akan ada penjanaan ekonomi untuk diorang – That is what I am doing. $_$ .



Kalau Nami Island ni menjadi tarikan sebab Winter Sonata , Petite France pulak menjadi tarikan sebab banyak cerita ada shoot kat sini. My Love from The Star , Secret Garden, and even Running Man pun pernah shoot kat sini. So, yang kaki korea macam I ni, haruslah tak nak lepaskan peluang nak pergi ke tempat macam ni so later I boleh brag “HEYYY I PERNAH PERGI SINI HOKEYYYYY…” be like. KAhkah! Okey Gurau je, T___________T



So pusing-pusing dalam Petite France, tangkap-tangkap gambar, dengar orang main muzik – yang kepit kepit kat tangan macam Raj main dalam cerita Sangam tu (I tak tahu nama dia apa) , tup tup eh dah setel pusing 1 Petite France. So kitorg pun bernonong turun bukit-singgah 7E, dan tunggu bas nak balik ke Gapyeong Station before heading to Seoul. Selepas berdiskusi, we decided to have dinner at Yooganae – Nasi Goreng Seafood yang memang orang Malaysia cari kalau datang Korea which is dekat MYEONGDONG !

APPS yang banyak membantu sepanjang kitorg kat Korea is Subway Korea . It was really helpful apps, it shows the next train time, ETA , stop & change station, line yang kita kena ikut, exit kiri ke kanan ke, semua ada. But, kita kena tahu la the nearest stop at our destination tu apa. Macam Myeongdong, memang ada station Myeongdong. So dari Gapyeong – Myeongdong , APPS tu akan state la yang kita kena naik kat Gapyeong – Tukar kat Cheongyangni – Tukar lagi dekat Dongdaemun - baru turun kat Myeongdong . Rasanya tu lah route hari tu. (^_^”) sekali dengan total fares 1,250KRW dia akan state dlm apps tu. Haaa membantu tak? P Download sekarang siapa nak g Korea.

Lepas sampai Myeongdong, perkara pertama yang I Nampak is BANANA CREPE! Terus terbayang-bayang dia punya Nutella Choclate tu melt in the mouth dengan pisang yang sampai melejeh2 air liur. Terus grab 1 – 2,000 KRW. Amat pulak, dari the moment dia sampai, tak tahu kenapa dia sukaaa gila dengan Fishcake Korea tu. Maybe sbb cuaca sejuk, makan pulak Fishcake panas-panas, memang heaven. Dia bedal 2 cucuk sekali – 2,000 KRW jugak. Baru kitorg meneruskan perjalanan cari Restoran Yooganae tuh. Berpusing weyh, seriously berpusing. Sampai tak jumpa. Sepanjang perjalan cari kedai tu, sebab dah lapar Amat beli Kebab yang Halal yang memang dah study-google-research-buku untuk menghilangkan kelaparan . Me? Masa tu dah tawakal jelah. Kalau tak jumpa, dinner dekat 7E jelah , or bancuh la Milo yang memang kitorang bawak dari Malaysia tuh.

One point, I giveup. Its sokayyyy. Kita makan jelah Milo cicah biskut malam ni. Masa OTW nak balik tuuuuuuu tetiba terpampangg besau nau kedai diaaa. BARU lah perasan kedai tuh. Walaupun perut macam dah sebu, Amat pun macam dah kenyang lepas bedal Kebab, tapi memikirkan kedai ni dalam checklist –Kedai Halal Yang Wajib Pergi, menapak jugak lah masuk.

And, guess what? Totally gratefull sebab masuk. Makan Nasi Goreng Seafood panas-panas, walaupun tak sesedap Nasi Goreng Kampung belakang rumah casuarina, but we learn – Ohhh this is how the make their nasi Goreng – Ahhhh this is how it taste – and ehhhhh they eat with pickles also ah? (-_-“) . At the end of the day, we pay 11,000 KRW for the dinner (Portion for 2) . tu pun tak habis sebab dah kenyang walaupun rasa dia sedap tapi perut dah penuh. Bwwwrgh.



Myeongdong dengan Guesthouse yang tempat kitorg stay tu tak lah jauh mana, kalau naik Subway tu, masuk 1minit je dah sampai dah station yang paling dekat dengan Guesthouse kitorang. So kitorg decide nak jalan kaki je. TAPI KAMI SILAP. Kalau jalan kaki, jauhhhhhh gila. Sebab kena menyeberang 3 jalan besar, and jalan kaki lagi dan jalan lagi dan jalan lagi. Sampai lagi 200m nak sampai Guesthouse kaki I terpeleot , seriously terpeleot dan sakit .

TAPI, hidup perlu diteruskan. Redah jelah sampai Guesthouse, salin baju, cuci muka, tepek minyak panas dan tidur. Penat and enjoy jugak 1st day. Maklumlah, pengalaman 1st time backpackers dengan suami. 2nd day lagi thrill. Kita share next entry okey?

Bye! 

P/s : Our journey 1st Day dekat Korea boleh tengok jugak dekat Sini !





0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com