KOREA DAY 3 – THE PALACES .
Sebagaimana yang kita sudah sedia maklum, banyak cerita-cerita korea lama yang menyentuh hati dan sanubari. Jang Ok Jung, Scarlett Heart, The Moon Embraces the Sun, and banyaaaakkkk lagi.
Memandangkan kita ni kaki layan drama korea, so kita memang cakap kat Amat yang I nak spent 1 whole day pergi tengok palace je. Seriously, ada 5 palace yang kitorang nak pergi tu, semuanya walking distance yang sakitlah jugak kaki tu kalau menapak satu satu. Ada yang kena naik subway, turun kat satu station lepas tu jalan lagi. Tapi kita tak ingat yang mana. *sigh* (T_T)
Macam biasa, istana pertama yang kitorg pergi is Gyeongbokgung. Rasanya tiket masuk 3,000 KRW sorang, im not sure because my husband and I we go for a package ticket ; Gyeongbokgung Palace, Changdeukgung Palace, Huwon secret Garden, Changgyeonggung Palce, Deoksugung Palace dengan Goryo Shrine kot nama dia dengan hanya 10,000 KRW . TAPI, satu pembaziran sebab lepas istana ke 3 kitorg dah penat. Dah habis separuh hari dan hari pun dah petang. Tiket yang ada tapi tak pergi. Membazir gila ! tapi tak membazir sebab tiket tu valid untuk 3 bulan. Kalau untuk korang yang ada masa extra kat Korea, keesokan harinya pun korang boleh pergi lagi istana-istana ni.
Setiap pukul 9, pukul 11 and ada la waktu-waktu dia ada upacara changing guard. Kitorg sempat la tengok sipi-sipi upacara tu masa pukul 11. Tapi macam terkejar-kejar sebab nak pergi istana lain pulak.
Masa dekat Gyeongbokgung, kalau korang jalan pusing dalam kawasan istana, akan tembus dekat Korea National Folk Museum. Akan macam ada gate lah, tiket masuk – tak sure sebab tak masuk. *sigh lagi sekali* , sebab kekonon sepanjang hari nak tengok istana je.
Dekat semua istana, you can see that all the architectural value is the same. The colours, design, concept etc. and most of the building itself are not the actual building. Almost all of them is a re-build structure on its actual base – because most palaces are be destructed by Japanese during Japanese Colonization. – same macam Malaysia kan?
I mati-mati ingat Korea tak pernah dijajah. Rupanya Korea pun pernah dijajah Jepun. Terus I google sejarah Korea lepas balik Malaysia . Gigih. Kahkah!
If im not mistaken, dekat Changdokgung Palace ada 1 tempat dalam istana tu sendiri nama dia Huwon Secret Garden. Untuk masuk dalam Garden ni korang kena beli tiket lain, and ada masa-masa dia untuk masuk ke dalam. And sekali masuk, limit 100 orang je. Cotoh : untuk sesi explaination dalam bahasa Korea , pukul 10.00 , kalau limit 100 orang dah sampai masa sesi tu, korang dah xboleh join dah. Nak masuk sendiri? TAK BOLEH . Masa kitorg nak masuk tu, sesi untuk Bahasa Inggeris pukul 11, dah cukup kuota. Next pukul 3 pulak. Memang tak laaaa nak menunggu pukul 3 sebab pukul 3 kalau kat korea dah asar dah, hari pun macam nak petang dah, kitorg dah la jauh lagi perjalanan ni, so kitorg tak lah masuk walaupun hati ni nakkkk sangat masuk . Nampak sangat kena repeat lagi . Eh? Haha!
Kami giveup untuk habiskan journey melawat semua palace yang ada sebab perut dah berkeroncong. Decide nak makan dekat Sinchon so gigih tau menggugel macam mana nak pergi kedai makan tu. Sesat dan di sini episode backpackers sangat-sangat spoil sebab bila dah penat sangat, sesat pulak tu kat tempat orang, jiwa serabut dan semak. (T______T) . pengajarannya : kalau backpackers, komunikasi dan menerima pendapat partner kita tu adalah sangat sangat penting. Tak boleh ikut kepala sendiri je.
*Street Perfomance masa nak cari kedai makan.
CUT SHORT – selepas jauh berjalan, sampai jugak kedai makan. Dah lepas makan semua kekonon macam nak terus jalan-jalan cari souvenir nak bawak balik Malaysia, tapi kaki dah tak mampu berpijak atas bumi yang nyata. So decide balik guesthouse dulu, rehat and malam baru keluar. Nasib baik dari Sinchon ke guesthouse kitorg tu tak payah tukar train. Senang.
Tapi nasib tak baik sebab malam tu, lepas kitorang keluar untuk buy some souvenir dekat Namdaemun, banyak kedai yang dah tutup. Padahal baru 730pm. Rupanya kalau hari Ahad – pukul 8 diorang dah tutup kedai . What Tha Fish (T__T) .
So rembat jelah ape yang ada. Kalau ikutkan jiwa raga nak pergi Shopping kat LOTTE World, nak pergi Dongdaemun, Insadong, tapi……. TAK SEMPAT. HUHUHUHUHUHUHU! *Menangis bucu katil*. Tak sampai sejam pun lepas tu balik guesthouse. Dinner pun beli kaya ball dgn fishcake je. Makan dekat Sinchon pun still kenyang sebab kitorang pulun 2 mangkuk nasik. Kahkah! Banyak gila makan.
Makan dekat Korea semua sedap-sedap. Walaupun seafood je yang kitorg makan okey sumpah sedap gila. Sotong sambal dia, walaupun pedas tapi pedas yang buat rasa nak makan nak makan lagi. Makan streetfood dia – sotong goreng okey sedap jugak. Makan fishcake Amat kata paling sedap dekat Myeongdong. MAKANAN WAJIB CUBA – KIMCHI! Tapi I xcuba sebab I xmakan sayur. Plus, sayur dekat cabai pulak tu. Memang tak la nak makan. I cuba, tapi I boleh terima. Maybe sbb I memang tak makan sayur so tu yang tak boleh terima. Ada 1 kedai tu dia hidangkan sekali dried seaweed dengan ikan bilis kecik-kecik , tumis bodoh je tapi sumpah sedap. Seriously. Sampai sekarang kalau teringat-ingat mula lah meleleh lagi air liur ni. *telan balik* .
Hari ke 5 – breakfast kat 7E and terus shoot Airport sebab flight pagi. Sadis gila journey 5hari tapi 3 hari je ada masa nak jalan-jalan. Sebenarnya cukup, tapi sebab ni 1st time kami pergi secara backpacker, sendiri-sendiri pulak tu, so tak cukup sebab masa banyak habis dengan cari eh mana subway eh mana line 2 , 3, eh nak ikut kiri ke kanan, eh nak pergi mana ni, eh bukak balik iterinary eh bukak balik maps and eh, tak payah touch la dekat sini – pintu gate subway tak terbukak. Huuuu~~
But after all, semua tu memori. The unforgettable one. The 1st time backpackers trip. Touchdown je Malaysia terus Amat cakap – Kena repeat lagi. Tak puas.
I pun apa lagi, terus google route kalau nak pergi Busan-Jeju-Seoul. InsyaAllah next trip kami pergi semua yang tak sempat pergi tu.
Till then, Bye!
















